PUTRAJAYA bersikap tidak bertanggungjawab kerana tidak menghantar peguam untuk memantau saman difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk mendapatkan semula aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata ahli Parlimen DAP hari ini.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, ia tidak dapat diterima dan tidak memberi gambaran baik kepada negara serta menggesa Perdana Menteri Najib Razak mempertimbangkan semula keputusan itu dengan segera.
"Malaysia perlu terlibat dalam saman ini, yang melibatkan berbilion ringgit. Kes ini akan melibatkan proses di mana terdapat bukti yang boleh mengaitkan liabiliti jenayah atau sivil terhadap individu yang mempunyai kaitan dengan kes itu.
"Ia sangat tidak bertanggungjawab bagi kita untuk tidak berbuat apa-apa dalam keadaan ini," kata Gobind pada sidang akhbar di Parlimen hari ini sebagai respons kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said.
Azalina berkata, Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai rancangan menghantar peguam untuk memantau saman DoJ.
Beliau berkata kerajaan menghormati hak DoJ untuk mengambil tindakan undang-undang dalam bidang kuasa undang-undangnya.
"Dengan rasa hormat, jawapan Azalina Othman tidak masuk akal kerana peraturan undang-undang dan menghormati undang-undang Amerika Syarikat tidak menghalang kita daripada melantik peguam di sana untuk memantau prosiding bagi pihak kita," kata Gobind.
Azalina berkata tindakan saman sivil DoJ berada dalam bidang kuasa mahkamah AS. Tiada dakwaan jenayah terhadap mana-mana individu dan juga tiada keputusan mahkamah dibuat berkaitan perkara itu.
"Oleh itu, Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk menghantar pasukan peguam ke Amerika Syarikat sebagai pemerhati dalam prosiding sivil yang difailkan DOo," kata Azalina dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 24 Julai.
Related Posts :
Update Pengusaha Sukan Lasak Sembunyikan Kematian Pelancong >> Berita Malay 18
Peru: Seorang wanita yang dipercayai berasal dari Sepanyol dilaporkan telah hilang semasa percutiannya ke Peru baru-baru ini.
Bagaimanapu… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/01/update-video-inilah-cara-ugutan-najib.html">Update [Video Inilah cara UGUTAN Najib setelah diserang seluruh dunia] U TURN menjelang PRU14? 7 tahun lalu Anwar dah kata Najib berbohong pasai 1MDB & "Ada tak sapa2 tahu di mana puak lobai sekarang ni?" >> Berita Malay 18Khamis, 25 Januari 2018
7 tahun lalu Anwar dah kata Najib berbohong pasai 1MDB. Najib ketawa dan memperlekehkannya. Sekarang Najib … Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/01/update-video-aik-dah-dekat-pru14-sungai.html">Update [Video Aik, dah dekat PRU14 sungai pun jadi biru, kaler ngeri nengoknya jang & Mahathir sedih, tanya "Apa lagi Najib nak jual?] JUTAAN RAKYAT DAHULUI Najib (mengaku 1MDB gagal). >> Berita Malay 18Khamis, 25 Januari 2018
Kalau BN kalah, bekas2 PM , Menteri2, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Bahagian, JKKKKKKKK, tok ketua kg hingg… Read More...
Update 12 Gambar Wanita Mirip Neelofa, Siti Nurhaliza Dan Fasha Sandha! Viral Di Media Sosial. >> Berita Malay 18
Wanita dan kecantikan sudah pasti tidak dapat dipisahkan lagi dan kadangkala untuk menjadi cantik ianya dikatakan turut menelan belanja y… Read More...
Update [Video GST, 2 6 Bilion isu popular sembang kedai makan di Sarawak] Mufti: Taubat paling baik buat Dr M ialah kembali jadi PM. >> Berita Malay 18Khamis, 25 Januari 2018
Mufti: Taubat paling baik buat Dr M ialah kembali jadi PM
GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang berkata taubat paling… Read More...