Update Audit: Skim Tekun rugi RM209 juta, RM410 juta hutang lapuk >> Berita Malay 18

Laporan Ketua Audit Negara menemui kelemahan dalam pertubuhan itu, yang menanggung hutang lapuk melebih RM400 juta.
audit-tekun
 Skim kerajaan untuk membantu perniagaan kecil-kecilan mengaut kerugian sehingga RM209.28 juta, dengan hutang lapuk yang dihapus kira mencapai RM410.61 juta, kata Laporan Ketua Audit Negara hari ini.
Audit yang dijalankan antara Mei dan Oktober tahun lalu, dan Februari tahun ini, menunjukkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) berjaya meningkatkan pembiayaan kepada usahawan daripada RM2.69 bilion kepada RM4.29 bilion untuk 473,982 usahawan dalam tempoh 18 tahun.
Agensi itu terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
“Bagaimanapun, prestasi kewangan Tekun Nasional bagi 2013 hingga 2015 kurang memuaskan
kerana bebanan hutang kepada kerajaan dan hapus kira hutang lapuk usahawan yang tinggi. Selain itu, kerugian terkumpul pada akhir 2015 berjumlah RM209.28 juta.
“Pengurusan aktiviti selaras dengan objektif penubuhan tetapi kurang teratur,” kata laporan itu, dan menambah amalan tadbir urus korporat juga kurang memuaskan.
Antara penemuan audit yang perlu diberi perhatian ialah peratusan kutipan bayaran balik pembiayaan berbanding sasaran, iaitu antara 78.1% hingga 96.9%.
Menurut laporan itu, pembiayaan tak berbayar (non-performing finance) berada pada tahap 38% (RM769.34 juta) daripada jumlah keseluruhan tunggakan bayaran balik pembiayaan iaitu RM2.02 bilion sehingga 30 Jun 2016.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: