Update Tidak logik tunggu keputusan saman DoJ, kata Gobind kepada kerajaan >> Berita Malay 18

Malaysia seharusnya terlibat dalam saman itu memandangkan tindakan DoJ melibatkan wang berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB.
gobind
KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP Gobind Singh Deo tidak boleh menerima keputusan kerajaan untuk tidak menghantar pemerhati dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), seperti yang dimaklumkan Menteri Datuk Seri Azalina Othman di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Puchong itu berkata Malaysia harus terlibat memandangkan tindakan DoJ melibatkan wang berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB.
“Kita seharusnya lindungi dan menjaga aset negara. Cara terbaik dalam isu ini melantik peguam untuk hadir dan memerhati perbicaraan itu.
“Fakta bahawa 1MDB ini bukan pertuduhan jenayah tidak bermakna kita harus menunggu tanpa lakukan apa-apa. Kita harus bersikap proaktif kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dan mendapat perhatian dunia,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Azalina dalam jawapan bertulis hari ini memberitahu Jabatan Peguam Negara pada masa ini belum bercadang untuk menghantar pasukan peguam ke AS sebagai pemerhati dalam prosiding sivil itu.
Meskipun, kerajaan sedang memantau perjalanan dan perkembangan kes tersebut, di mana DoJ mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset yang didakwa dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari dana pelaburan milik kerajaan itu, termasuk karya seni, barang kemas, kapal layar bernilai AS$165 juta, dan hak kepada dua filem komedi “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s Home”.
Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tindakan mahkamah itu, yang difailkan pada 15 Jun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: