Nakal Perdana Menteri DS Mohd Najib Razak menulis di laman sosial beliau. Kalau tempoh hari beliau telah menyakat atau bahasa orang muda 'troll' Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, sehingga tidak senang duduk Rafizi Ramli menjawab posting Perdana Menteri walaupun namanya tidak disebut.
Hari ini Presiden Pakatan Harapan, DS Dr Wan Azizah pula yang disakat Perdana Menteri. Lihat sahajalah bahasa bersahaja yang ditulis di media sosial Facebook beliau seperti di bawah. Saya hampir tersilap baca komen tersebut sebagai "... untuk melawat kenalan yang meliwat di Sungai Buloh ..."
Terdapat 3 nasihat dapat diberikan kepada Presiden Pakatan Harapan apabila beliau menggunakan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh:
1. Diharap Presiden Pakatan Harapan tidak mengalami kecelaruan minda dengan mengatakan bahawa MRT yang dilancarkan secara rasmi esok mempunyai cermin sisi (side mirror).
2. Diharap dalam perjalanan beliau menaiki MRT dari Kajang ke Sungai Buloh, beliau bersarapanlah nasi lemak di rumah dan bukan di dalam MRT.
3. Perjalanan MRT juga tidak dikenakan tol seperti kecelaruan minda beliau dalam kes Lebuhraya Pan Borneo. Rujuk video di bawah: