Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan jawapan yang mendalam terhadap dakwaan "Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (BSPP)" menerima dana dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kira-kira sebulan sebelum pilihan raya umum yang lalu:
"Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan."

Menegaskan peranan kementeriannya adalah jelas kerana bertanggungjawab menjaga keselamatan negara, Hishammuddin berkata, soal ketenteraan 'tidak pernah dipolitikkan'.
"Jadi, jika ada langkah diambil untuk siasatan, biarkan mana-mana agensi siasat.
"Biarkan siasatan (dijalankan) kerana kita bukan mahu memutar-belit dan membuat spekulasi, tetapi saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan.
"Jadi, jika ada perkara-perkara yang seolah-olah berkaitan dengan tuduhan-tuduhan tertentu, buktikan dan biarlah siasatan dijalankan," katanya pada sidang akhbar di pangkalan Tentera Udara Subang Subang, hari ini.
Hishammuddin juga berkata, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada wang itu memang telah dibayar atau sebaliknya.
Beberapa hari yang lalu, portal
Sarawak Report dalam pendedahan terbarunya mendakwa ada transaksi kononnya melalui akaun bank peribadi Najib menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.
Antara lain, ia mendakwa Najib membayar RM7 juta kepada "BSPP" pada 8 April 2013 iaitu sekitar sebulan sebelum PRU yang diadakan pada 5 Mei 2013.
Dalam satu risalah e-mel,
Sarawak Report berkata mungkin "Lt Jeneral Datuk Abdul Hadi Bin Haji Hussin" boleh menjelaskan mengapa perkhidmatan itu menerima cek peribadi daripada perdana menteri hanya sebulan sebelum pilihan raya lepas.
BSPP adalah agensi perisikan bersama Angkatan Tentera Malaysia. Ia melaporkan terus kepada penglima angkatan tentera.
Related Posts :
Update Ku Li: PAS Hilang Kekuatan TANPA Tok Guru Nik Aziz >> Berita Malay 18
GUA MUSANG - Ketiadaan bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kesan teruk kepada perjuangan Pas sehingga… Read More...
Update [Video Tun Mahathir~ Ucapan Di Hadapan Ribuan Rakyat Jelajah Pakatan Harapan, MELAKA] Mahathir, Daim dan Rafidah 'gempur' Melaka. >> Berita Malay 18Sabtu, 5 Mei 2018
Mahathir, Daim dan Rafidah 'gempur' Melaka
Mereka pernah menjadi satu pasukan mengemudi kerajaan, dan kemudian mas… Read More...
Update [Video 'Top dog' HARAPAN 'goncang' Melaka] ‘Gambar Tun M boleh ditutup tapi semangat rakyat tak boleh dipadam’. >> Berita Malay 18Sabtu, 5 April 2018
Parti Amanah Negara
5 jam ·
Amacam ?
Parti Amanah Negara menam… Read More...
Update [Video Dr M, Daim dan Rafidah buat Melaka 'banjir' manusia] Undi Pas hanya sia-sia, tidak berpeluang menang, kata kaji IDE & Sokongan untuk BN menurun untuk semua kaum. >> Berita Malay 18Sabtu, 5 Mei 2018
Rafizi Ramli
Suka Halaman Ini · 10 jam
Keborosan dan ketirisan pentadbiran kerajaan Ba… Read More...
Update [KUANTAN] 6,158 ANGGOTA TENTERA MENGUNDI AWAL >> Berita Malay 18
Seramai 6,158 anggota tentera termasuk 37 polis mengundi awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Tentera di Pangkalan Udara Tentera … Read More...