Jika seseorang itu pemimpin yang bagus, berkhidmat dengan baik, tidak banyak pekung, tidak berperangai gangster dan sentiasa punya hubungan dua hala yang baik, tidak ada sebab mereka harus takut atau gentar dengan kedatangan musuh ke kawasannya.
Tun Mahathir Mohamad sepanjang berkuasa tidak pernah kata, "jangan kacau Kubang Pasu", Tun Abdullah Badawi juga tidak pernah memberi amaran, "jangan ganggu Kepala Batas" dan Najib Razak yang sedang terperosok diserang kini dan kanan pun belum pernah menjerit, "jangan kacau kawasan saya, Pekan."
Malah ramai pemimpin politik yang apabila berbalas cabaran, akhirnya dengan lantang akan mengungkapkan, "kalau betul anak jantan, marilah datang berlawan ke kawasan saya?"
Tetapi, agak pelik lagi menghairankan apabila Zahid Hamidi yang kini merupakan pemimpin Perak pertama merasa naik sehingga jadi Timbalan Perdana Menteri, cuba bersikap sebaliknya pula?
Kata Zahid Hamidi, orang luar jangan cuba-cuba mengganggu politik Bagan Datuk.
Beliau seterusnya menyalahkan gangguan orang luar sebagai antara sebab berlakunya tsunami politik dalam dua pilihanraya umum lalu di Bagan Datuk di mana beliau hanya menang dengan kira-kira 2,000 undi saja.
Apa masalahnya jika orang luar datang ke Bagan Datuk dan mahu mengalahkannya?
Read More / Baca Lagi >>