Update PAKATAN HARAPAN ATAU HISHAMMUDDIN SENDIRI YANG BERKECAMUK? >> Berita Malay 18


Sepupu Najib Razak, Naib Presiden UMNO, Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas (banyaknya jawatan?), Hishammuddin Hussein menyifatkan pembentukan kepimpinan Pakatan Harapan yang diumumkan baru-baru ini sebagai berkecamuk, tanpa hala tuju yang sebenar, tidak menentu serta perlantikan dibuat secara semberono.
“Berkecamuk. Sekarang pun pemimpin main semberono, dia pakai lantik tiga orang itu (Anwar Ibrahim, Tun Mahathir Mohamad dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail)…yang lain apa ceritanya?
“Mana nak letak Mukhriz Mahathir, mana nak letak Shafie Apdal, mana nak letak Muhyiddin Yassin? Itu semua jadi tanda tanya,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong, Perak sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama.
Berkecamuk? Apanya yang berkecamuknya?
Anwar adalah Ketua Umum, Tun Mahathir Pengerusi dan Dr. Wan Azizah pula merupakan Presiden Pakatan Harapan.
Bukankah cantik dan tersusun perlantikan tersebut?
Berkenaan dengan Muhyiddin, beliau adalah berjawatan Timbalan Presiden Pakatan Harapan bersama Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu, sementara Mukhriz memegang jawatan Naib Presiden bersama Azmin Ali, Chong Chieng Jen dan Sallahuddin Ayub.
Shafie Apdal pula memang tidak dilantik sebarang jawatan dalam Pakatan Harapan kerana Parti Warisan Sabah yang dipimpinnya tidak menganggotai gabungan itu, sebaliknya bekerjasama dalam suatu persefahaman untuk sama-sama menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Rasanya berita mengenai kedudukan Muhyiddin dan Mukhriz ini sudah pun diketahui oleh semua orang, begitu juga tentang kedudukan Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh Shafie.
Jadi, yang Hishammuddin masih bertanya mana Pakatan Harapan nak letak Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Apdal itu apa hal pulak?
Bukankah Muhyiddin dan Mukhriz sudah pun ada tempat dan kedudukan masing-masing dalam Pakatan Harapan?
Shafie memang tidak perlu diberikan jawatan kerana tidak bersama secara rasmi dalam Pakatan Harapan.
Tak baca berita ke atau masih duduk dalam gua?
Adakah juga talian internet di Sembrong masih lembab dan perlahan?
Dengan masih bertanya perkara yang tidak sepatutnya ditanya, siapakah yang sebenarnya sedang berkecamuk, tidak menentu dan semberono?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :