Penafian itu adalah sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang pada Ahad lalu mendakwa terdapat usaha untuk menyalahkan Zakaria Arshad dan memaksa peletakan jawatannya.
"Siasatan dalaman ini dianggap tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah dalam menjalankan tanggungjawab prihatin dalam pengurusan sebuah syarikat penyenaraian awam dan juga kepentingan pemegang saham," kata FGV dalam satu kenyataan hari ini.
FGV juga menegaskan Zakaria dan tiga lagi kakitangan pengurusan kanan diminta bercuti dengan bergaji penuh dan menerima semua kemudahan.
Katanya, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 19 Jun 2017, terdapat beberapa bukti asas yang membolehkan Lembaga FGV mengambil tindakan disiplin terhadap CEO, ketua pegawai kewangan dan dua lagi pegawai kanan yang berkaitan dengan pelanggaran prosedur dalaman
Ini berkaitan dengan dakwaan pelanggaran prosedur dalam urusan FGV dengan Safitex Trading LLC yang berpangkalan di Dubai.
"Tuduhan menyatakan bahawa lembaga pengarah mempunyai agenda peribadi untuk menjatuhkan pengurusan kanan adalah tidak wajar.
Read More / Baca Lagi >>