Pakatan Harapan masih belum mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana ia sedang memuktamadkan perlembagaan gabungan itu.
"Draf terakhir Perlembagaan Harapan akan siap minggu depan. Kita akan hantar permohonan pendaftaran tidak lama lagi (selepas itu)," kata naib presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi
Malaysiakini.
Para pemimpin HARAPAN berkata mereka menjangkakan untuk mendaftar gabungan itu apabila perlembagaannya siap.
"Minggu depan, kami akan maklumkan bila sebenarnya," kata Setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke kepada
Malaysiakini.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman juga berkata matlamatnya adalah untuk menghantar permohonan pendaftaran itu minggu depan tetapi ia tertakluk kepada keputusan majlis presiden HARAPAN.
Barisan kepimpinan, logo dan perlembagaan HARAPAN telah menjadi tiga halangan utama dalam usaha gabungan itu untuk mendaftar dan bertanding di bawah satu simbol dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Gabungan itu mengumumkan barisan kepimpinan dan logonya pada 14 Julai dan ini bermaka tinggal satu halangan untuk diselesaikan sebelum ia mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada ROS.
Bagaimanapun, yang menjadi perhatian ialah sama ada ROS akan meluluskan permohonan gabungan itu, untuk bertanding menggunakan satu logo dalam pilihan raya umum.
Jika tidak, parti-parti komponennya perlu menghadapi pilihan raya umum yang akan datang di bawah logo parti masing-masing, yang dilihat akan memberi kelebihan kepada BN.
Related Posts :
Update Kutip Sampah Selepas Perlawanan, Budaya PATUT DISOKONG >> Berita Malay 18
SEBAHAGIAN penyokong secara sukarela mengutip sampah yang ditinggalkan selepas aksi bola sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia dan Myanma… Read More...
Update [GILO APO] Isa kekal pemangku pengerusi SPAD, kata Nancy [ DAH TADO ORG LAIN DAH] >> Berita Malay 18
Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kekal sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Ment… Read More...
Update [Video Najib pro politik ganas?] Malaysia Book of Records duduk bersimpuh! Wah...terlebih ghairah nampaknya Pas kali ini! >> Berita Malay 18Selasa, 22 Ogos 2017
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 16hb Ogos ·
Bagaimana sebuah negara tiada hasi… Read More...
Update Indonesia mohon maaf, akui silap besar keluar gelanggang >> Berita Malay 18
Bernama
| August 21, 2017
Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Indonesia, H Syafrizal Bakhtiar berkata, video ulangan menunjukka… Read More...
Update [Video Shafie Apdal: Rakyat Sabah Marah GST, Inflasi & Sabah Bukan Lagi Negeri Fixed Deposit Najib UmnoBN] #SukanSEA2017 1 kali silap org boleh terima maaf, TETAPI JIKA DAH 4 KALI SILAP ini apa cerita ! >> Berita Malay 18Selasa, 22 Ogos 2017
Hasbie Muda berkongsi kiriman Parti Amanah Negara.
Sultan pertama sumbang emas untuk negara d… Read More...