Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Khairil Anuar Aziz sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV turut mengumumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan dibubarkan berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.
Khairil Anuar, yang dilahirkan dan dibesarkan di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi, Logistik & Sektor-sektor Lain FGV.
Beliau menyertai kumpulan tersebut sejak 2012.
“Beliau adalah generasi kedua peneroka Felda,” kata syarikat tersebut.
Sementara itu dalam satu kenyataan lain, FGV mengumumkan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd telah membeli 400,000 saham FGV pada 17 Julai 2017.
Dengan pembelian itu, koperasi tersebut memiliki 204.56 juta saham yang bersamaan dengan 5.61 peratus kepentingan ekuiti FGV.
Dalam kenyataan berasingan hari ini, FGV berkata, Khairil Anuar akan menjalankan kerja dan tanggungjawab Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif secara sementara, berkuat kuasa hari ini semasa tempoh interim.
“Jawatankuasa Eksekutif Lembaga (BEC) dibubarkan berkuat kuasa serta merta.
“Lembaga Pengarah FGV mengucapkan terima kasih kepada anggota BEC, terdiri daripada Datuk Omar Salim, Datuk Zafer Hashim dan Azman Ahmad atas sumbangan mereka sejak 6 Jun, 2017,” menurut kenyataan itu.
Khairil Anuar, yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Coventry University, United Kingdom, ketika ini merupakan pengarah di Pelaburan MARA Bhd; Sinergi Perdana Sdn.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Najib 'DEGIL' Tak mahu masuk Kandang Tertuduh di Mahkamah] Kepala bapak tunjuk degil? HAKIM, MAHKAMAH, POLIS, AG! Apa sudah jadik? Undang² pilih buluk. >> Berita Malay 18Jumaat, 16 November 2018
HAKIM, MAHKAMAH, POLIS, AG? APA SUDAH JADI (?)
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=ht… Read More...
Update [Video Umno ni dah jadi pembangkang baru nak jadi hero] Wak Jahid, sila lihat cermin dulu! Caner nak jaga ketuanan melayu...61 tahun memerintah, dibahamnya dan tibai HAK Melayu. >> Berita Malay 18Jumaat, 16 November 2018
Otai BERSIH
Caner nak jaga ketuanan melayu.... Waktu dia diberikan tanggungjawab dan amanah pun dia yg dok baham … Read More...
Update [Video LORONG BIGOTRY Pencetus huru-hara] Siapa untung bila bermati2an perjuangkan KETUANAN MELAYU? Razman aka ketua ulamak Pas Perak meniup api perkauman? K'jaan lantik peguam ternama UK cabar 1MDB bayar IPIC AS$5.87b. >> Berita Malay 18Jumaat, 16 November 2018
Razman aka ketua ulamak Pas Perak meniup api perkauman dgn memfitnah..., jln tak wujud pun.! Tolol nya Lebai seko… Read More...
Update (99%Penduduk Islam) Muslimah Kini Boleh Kahwin Kafir Di Tunisia >> Berita Malay 18
BBC melaporkan semalam, Tunisia sebuah negara dengan 99% umat Islam, kini membatalkan larangan yang menghalang mana-mana wanita Islam dar… Read More...
Update Hantu Kak Limah Ampang tak mau Dr.Streram jadi calon... >> Berita Malay 18
Bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini menyuarakan bantahannya untuk Dr Streram Sinnasamy dicalonkan semula bagi pilihan … Read More...