Update Kata dua buat Mahathir >> Berita Malay 18


Oleh Subky Latif
DR MAHATHIR yang  sudahpun diancam dengan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja atas kerugian Bank Negara semasa pentadirannya dulu, diberi kata dua pula oleh para pembesar PM. Najib dalam UMNO.
    
Diam atau pekungnya didedah!

   
Persepsi kebanyakannya sejak dia masih berkuasa lagi, tidaklah seorang yang bersih  sangat. Dia tidak maksum. Ada cacat celanya. Sedang kerajaan dalam semua masa, dan Perdana Menteri dalam semua masa dituntut bersihnya.
     
Kita tidak mahu kata Dr. Mahathir Perdana Menteri yang bersih. Sebagai Perdana Menteri sebelum ditanya malaikat di akhirat nanti apa yang dibuatnya tentang pimpinannya, maka negaraa dan  rakyat boleh tanya tentang pimpinannya seperti yang baru saja Korea Selatan lakukan kepada Presidennya yang  baru dilucutkan.
    
Dia sedang diadili. Maka Dr. Mahathir sedang diancam untuk disiasat atas peranannya menggalakkan Bank Negara berniaga matawang asing.
    
Dan sekarang ada kata dua pula untuknya; diam atau semua pekungnya akan didedahkan.
     
Jika dia seorang yang curang, dia wajar diadili.  Islam sendiri dalam menguatkuasakan undang-undang yang semuanya faham ia syariah, seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya baginda akan kerat tanganya.
     
Dalam menegak dan melaksanakan keadilan dan kebenaran, puteri Nabi sendiri  tidak dikecualikan. Anak Saidina Umar al-Khatab dijatuhkan hukuman sebat/rejam oleh Khalifah itu  sendiri.
    
Ia adalah demi keadilan dan kebenaran, tiada pilih kasih dan pilihan.
    
Dr. Mahathir tidaklah dikecualikan. Tetapi apakah yang dihadapkan kepadanya sekarang demi keadilan dan kebenaran?
   
Apabila kata dua diberi kepadanya supaya tutup mulut atau pekungnya akan didedah, maka ada unsur tidak kerana keadilan dan kebenaran. Kalau dia diam, maka pekungnya jika ada akan didiamkan. Jika dia bising, maka dia akan didakwa dan dihukum.
   
Sekalipun menghukum pejenayah itu adalah melaksanakan keadilan, tetapi menghukumnya kerana marah sudah tidak melakukan keadilan.
    
Saidina Ali bin Abu Talib dalam pergelutan dengan musuh, telah menewaskan musuh itu. Hukuman bagi musuh yang ditewaskannya itu ialah bunuh di tempat kejadian dan di masa kejadian itu. Ketika beliau mengangkat pedang untuk memenggalnya, musuh itu meludah mukanya.Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :