Update Kenyataan Tajuddin berhubung 1MDB cetus kemarahan rakyat Malaysia >> Berita Malay 18

KETUA Umno Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi menerima kecaman pengguna media sosial selepas cuba menolak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kenyataan, “Ia hanya wang”.
Dalam tempoh beberapa jam selepas kenyataannya disiarkan media hari ini, ramai pengguna Facebook mengecam timbalan menteri itu.
Tiada yang menyokong kenyataan itu, malah berdasarkan jumlah dan komen itu, Tajuddin dilihat berjaya menimbulkan kemarahan orang ramai hingga ada yang mempersoalkan moral dan kebijaksanaannya.
Pengguna Facebook, Hwd P'ng berkata Tajuddin sepatutnya membuat kenyataan sama ke atas Malaysian Official No.1 (MO1) dan isterinya.
“Sepatutnya cakap kepada MO1 dan isterinya. Memang ia hanya wang tapi kenapa dipindahkan ke akaun kamu? Ia hanya wang, kenapa kamu tak kerja secara percuma sahaja,” tulisnya.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) melalui saman sivilnya mendakwa, dana 1MDB disalurkan ke akaun MO1 dan wang itu didakwa dicuri daripada  dana itu dan digunakan untuk membeli barangan mewah termasuk barang kemas untuk isteri MO1.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengesahkan MO1 adalah Perdana Menteri Najib Razak, yang merupakan bekas pengerusi penasihat ahli lembaga pengarah 1MDB. 1MDB juga adalah cetusannya.
 Pengguna Facebook Chow Teik Soon menulis komen: “Jadi wang itu tiada apa bagi kamu?” Manakala Tony Hubaq menulis: "Can give me some eh?! I pm (private message) you my a/c (bank account number)?" (“Boleh beri pada saya sikit? Saya PM (mesej peribadi) no akaun saya?”)
Tan Seng Keat menempelak Tajuddin kerana bercakap tanpa berfikir dan Iskandar Z. Ghazali menggelarnya bodoh.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: