KUANTAN - Pas Pahang mengesahkan akan bertanding di tiga kerusi panas pada PRU14 nanti.
Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabar berkata, ia membabitkan kawasan Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Bentong termasuk kesemua kerusi Dun iaitu Pelangai, Bilut, Sabai serta Ketari.
"Dalam pada itu kita tidak menafikan berkemungkinan Pas akan bertanding di semua kerusi yang ada di negeri ini.
"Namun bagi kerusi panas ini, kita sahkan calon daripada Pas akan ada, manakala di Bentong bukan setakat Parlimen malah kesemua Dun kita bertanding," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Majlis Ramah Mesra Pas Pahang bersama Media, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu.