Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memfailkan permohonan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menghina.
Permohonan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Tindakan itu diambil ekoran kenyataan dibuat Najib - pada 7 Julai lalu - yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menjaga legasinya dengan berharap dapat menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir ialah bapa kepada Mukhriz dan kini dilantik sebagai pengerusi BERSATU.
Dakwaan sama sebelum ini turut mendorong Mukhriz memfailkan saman terhadap setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Peguam Mukhriz, Haniff Khatri Abdulla (
gambar), memberitahu hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, permohonan hari ini dibuat selepas Najib gagal memenuhi tuntutan bekas menteri besar Kedah itu supaya permohonan maaf dibuat.
Surat tuntutan itu dihantar ke Pejabat Perdana Menteri pada Isnin dan tempoh yang
diberikan berakhir semalam.
"Ia sudah lebih 48 jam. Tarikh akhir (untuk permohonan maaf) ialah pada jam 1 petang semalam," kata Haniff Khatri.
Peguam terbabit membuat permohonan ex-parte bagi dakwaan menghina atau kebenaran supaya ia didengar terlebih dahulu.
"Ekoran kenyataan Najib, kenyataan sama dibuat oleh Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi.
“Justeru mahkamah perlu memutuskan hal ini terlebih dahulu. Jika tidak didengar ia akan memberi kesan keadilan kepada kes lain yang membabitkan kenyataan sama," katanya.
Bagaimanapun Ahmad Zaidi memutuskan, perbicaraan
saman Mukhriz terhadap Tengku Sariffuddin - yang ditetapkan hari ini dan esok - dijalankan terlebih dahulu.
Hakim juga berjanji untuk mendengar permohonan terbaru Mukhriz itu secepat mungkin.
Related Posts :
Update Mansuh semua tol Jam.P.Pinang bukan tol motosikal saja... >> Berita Malay 18
Janji Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang jika Barisan Nasional men… Read More...
Update [Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia. >> Berita Malay 18Sabtu, 14 April 2018
ADAKAH INI BUKAN RASUAH?
Menjelang pilihanraya ini, selain menabur pelbagai peruntukan dan projek pembangunan sege… Read More...
Update Seorang nelayan lakukan pembedahan caesar pada seekor jerung , hasilnya mengejutkan! Video >> Berita Malay 18
Friday, 13 April 2018
Seorang nelayan lakukan pembedahan caesar pada ikan
Seorang nelayan di Australia menangkap jerung ma… Read More...
Update [Video Zahid MA, Menggegar di Felda Bukit Kayu Hitam-Bangkitlah Rakyat Malaysia] Apa lagi Kommunis China mau? Fitnah hapus hak Melayu, menteri ‘telur penyu’ patut ditangkap sebar berita palsu. >> Berita Malay 18Sabtu, 14 April 2018
Apa lagi Kommunis China mau?
Fitnah hapus hak Melayu, menteri ‘telur penyu’ patut ditangkap sebar berita palsu
M… Read More...
Update [Video Dr M 'gempur' Felda lagi, ribuan warga Felda, Bukit Kayu Hitam hadir] Guna logo AMANAH di Sabah, logo PKR di Sarawak. >> Berita Malay 18Sabtu, 14 April 2018
Yumpang sekole.
Guna logo AMANAH di Sabah, logo PKR di Sarawak
Calon Amanah akan menggunakan logo parti itu untu… Read More...