
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama Yeo Bee Yin mendesak ketua bahagian Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos menjawab saman RM5 juta terhadapnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika pengurusan kes pertama terhadap saman yang difailkan pada 14 Julai lepas.
“Dia perlu datang ke mahkamah dan failkan pembelaannya.
“Biarlah perbicaraan diadakan supaya saya dapat bersihkan nama saya,” kata Yeo.
Saman itu dibuat selepas Jamal dilapor mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan Selangor berkaitan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
Peguam Yeo, SN Nair berkata penolong pendaftar kanan mahkamah Rumaizah Baharom menetapkan 3 Ogos ini untuk pengurusan kes.
“Jika dia (Jamal) tidak muncul (3 Ogos nanti), kami akan mohon penghakiman ingkar,” katanya.
Beliau juga berkata tiada sebarang respon daripada peguam Jamal setakat ini.
Ketika dihubungi, Jamal berkata tidak pernah menerima sebarang dokumen rasmi berkaitan saman itu atau mengetahui tentang prosiding itu.
Katanya beliau hanya mendengarnya daripada media sosial dan berita sahaja.
Jamal juga berkata sudah tentu akan hadir ke mahkamah jika keadaan sebaliknya.
Related Posts :
Update Janda Berhabis RM109,000 Untuk Jadi Barbie, Ini Hasilnya... >> Berita Malay 18
Seorang ibu tunggal menghabiskan lebih £20,000 (RM109,000) untuk mengubah dirinya menjadi patung Barbie hidup.
Rachel Evans, 46, dari Lond… Read More...
Update SPAD Akan Tingkatkan Aktiviti Penguatkuasaan Pada Musim Perayaan >> Berita Malay 18
Sebagai langkah proaktif, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mula menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara intensif bermu… Read More...
Update Undi BN meningkat di kerusi Felda bukan Melayu DAP, kata Invoke >> Berita Malay 18
… Read More...
Update SKANDAL FGV: KARTUN APAKAH INI? >> Berita Malay 18
Hari ini (Rabu) jam 10 pagi, bekas Pengerusi Felda Global Ventures atau FGV, Isa Samad dan isterinya, Bibi Shahriza Mohd Kha… Read More...
Update Skandal 1MDB: DOJ jawab kenyataan Rahman Dahlan >> Berita Malay 18
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkata saman sivilnya untuk merampas aset yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana&n… Read More...