“Saya tinggalkan rumah 10 minit sahaja kerana ke dewan berhampiran, tiba-tiba kawan beritahu rumah terbakar,” kata Rahmah Ismail, 58.
Suri rumah berasal dari Felda Chini Timur 3, di sini itu hanya mampu melihat sebahagian dapur rumahnyamusnah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.49 pagi itu, suaminya, Lateh Bakar, 70, berjaya diselamatkan oleh jiran.
“Memang sampai depan rumah terkedu sekejap lihat api, tetapi syukur suami selamat dan api tidak merebak ke bahagian lain,” katanya ketika di hubungi, semalam.
Sebahagian dapur rumah Rahmah musnah dalam kebakaran pagi semalam.
Sementara itu, 14 anggota dari balai Bomba dan Penyelamat Pekan dan Muadzam Shah terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran.
Komander Operasi, Mazlan Muda berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira jam 9.49 pagi dan kebakaran membabitkan 30 peratus bahagian dapur rumah Rahmah. Operasi tamat pada kira-kira jam 11.22 pagi