BAGHDAD: Seorang remaja perempuan dikenali sebagai Linda Wenzel berusia 16 tahun yang menghilangkan diri ditemukan di Mosul, Iraq
Remaja perempuan kelahiran Jerman ini yang berasal dari Pulsnitz ditahan tentera prokerajaan kerana dipercayai menyertai militan Daesh.
Menurut laporan mStar Online, remaja berkenaan dipercayai menjadi anggota polis Daesh di Mosul.
Linda Wenzel ditemui di dalam terowong bersama beberapa wanita lain yang di antaranya turut memasang bahan letupan selain dilengkapi senjata api.
Selain remaja itu, beberapa wanita termasuk dari Rusia, Turki, Kanada dan Chechnya turut berada dalam terowong itu.
Tentera Iraq melancarkan operasi besar-besaran memburu militan Daesh di bandar itu pada Khamis lalu.
Linda Wenzel dipercayai melarikan diri ke Syria selepas menjalinkan hubungan dengan seorang anggota Daesh yang berasal dari Iraq.
Wenzel turut menipu keluarganya dan memaklumkan mahu tinggal bersama rakan-rakannya, menurut rakan-rakannya, sebelum keluar dari Jerman, Wenzel belajar bahasa Arab dan dipercayai tidak suka tinggal di rumah keluarganya.
Wenzel turut mengeluarkan duit dari akaun ibu bapanya menggunakan surat palsu, kemudian dia diseludup masuk ke Iraq dengan nama barunya, Mariam dan sekali-sekala memuat naik gambar dirinya memakai tudung dalam laman sosial.
Pihak berkuasa di Jerman, menggesahkan Linda Wenzel sebagai suspek pengganas yang dikehendaki.
Wenzel antara 20 anggota ISIS yang ditangkap selepas kejatuhan bandar tersebut berikutan peperangan selama 10 bulan yang menyebabkan kematian 25,000 orang dan kemusnahan bandar kedua terbesar Iraq. - mStar Online


Related Posts :
Update HADIAH PALING BERHARGA TRUMP KEPADA NAJIB SEMPENA PAU 2017 >> Berita Malay 18
Najib Razak selalu berbangga dapat berbaik dan bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Malah, sebaik berjaya men… Read More...
Update Wanita Ini Hisap Darah Suaminya Tiap Bulan Baru. Untuk Apa? >> Berita Malay 18
Selasa 05 Disember 2017
Hampir setiap hari, ada laporan tentang beberapa praktik ilmu hitam yang muncul dalam ber… Read More...
Update [Video AMCJL tahniah, semoga berjaya] Anak muda Malaysia bersama PH, NGO antarabangsa jejaki Jho Low di merata dunia digerakkan >> Berita Malay 18Selasa, 6 Disember 2017
Anak muda Malaysia bersama PH, NGO antarabangsa jejaki Jho Low di merata dunia digerakkan
Anak muda Malaysia ki… Read More...
Update Adun DAP dipanggil beri keterangan dakwaan rasuah MB Johor >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Bajau/Sulu/Melayu Bangkit! SELAMATKAN KEKAYAAN NEGERI SABAH DARI UmnoBN!] Anwar calon PM paling layak, Dr Mahathir hanya untuk sementara, kata Pakatan. >> Berita Malay 18Selasa, 5 Disember 2017
Anwar calon PM paling layak, Dr Mahathir hanya untuk sementara, kata Pakatan
Disebabkan Anwar Ibrahim masih dalam… Read More...