 |
Gambar hiasan |
KOTA BHARU – Empat pelajar sebuah sekolah di daerah Bachok ditahan bagi membantu siasatan penyebaran gambar aksi lucah rakan sekolah mereka yang tular di laman sosial.
Tiga pelajar perempuan berusia 14 tahun dan 17 tahun itu ditahan bersama seorang pelajar lelaki yang berusia 14 tahun sebaik polis menerima maklumat daripada seorang remaja perempuan (pengadu) dari sekolah sama.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pengadu yang berusia 15 tahun itu menyedari gambar yang dirakam di sebuah kilang terbiar di Gunong, Bachok, pada November 2016 tersebar sejak Ogos tahun ini.
Katanya, pengadu kemudian membuat laporan polis dan pihak kami kemudian menahan empat remaja tersebut pada Sabtu lalu.
“Siasatan awal polis mendapati ada berlaku tular gambar porno terbabit dan polis kini mengesan pelaku yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, remaja lelaki berkenaan ditahan reman seminggu berkuat kuasa 12 Ogos sehingga 19 Ogos ini, manakala reman tiga yang lain berkuat kuasa 12 Ogos sehingga 16 Ogos ini.
“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Kesalahan Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebat minimum tiga kali, jika sabit kesalahan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Related Posts :
Update Ngeri, 26 ekor lipas bersarang ditelinga lelaki ini >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Perhimpunan Umno jadi medan belasah Harapan >> Berita Malay 18
Wartawan Sinar Harian
11 Disember 2017
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Persidangan Agung Umno 2017 hanya menjadi medan memb… Read More...
Update [Video Tun M Pulang Pingat Kebesaran. Dipuji Netzen] Keh, Keh, Kehhh, TV3/4! Ini idea tiga suku ke? >> Berita Malay 18Isnin 11 Disember 2017
KEH, KEH, KEH....INI IDEA TIGA SUKU ATAU APA?
Konglomerat media yang berada di bawah naungan Perdana Menteri, Medi… Read More...
Update [Video Komen Tun Mahathir isu Baitulmuqaddis jadi ibu negara Israel] Selepas pulangkan darjah kebesaran Selangor, Dr Mahathir mahu ‘dating’ dengan isteri. >> Berita Malay 18Isnin, 11 Disember 2017
Selepas pulangkan darjah kebesaran, Dr Mahathir mahu ‘dating’ dengan isteri
Selepas memulangkan darjah kebesaran n… Read More...
Update Jangan salahkan Tuhan,kalu lu tak tau urus ekonomi... >> Berita Malay 18
Memang mudah menggunakan hadith Nabi untuk menyelamatkan diri daripada dipersalahkan kerana gagal menguruskan ekonomi.
Itulah yang telah d… Read More...