TUJUH daripada 10 rakyat Malaysia percaya yang skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merosakkan reputasi Perdana Menteri Najib Razak, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE).
Menurut tinjauan "Malaysia: Mood of the Nation", yang dijalankan antara 11 hingga 15 Ogos, hanya 14% rakyat Malaysia tidak bersetuju skandal yang 1MDB telah merosakkan imej Najib manakala 17% tidak pasti.
Kaji selidik itu juga menunjukkan 64% rakyat Malaysia mahu Najib berdebat dengan perdana menteri pilihan pembangkang seperti diamalkan di negara lain.
Hanya 15% tidak bersetuju dengan cadangan itu manakala 21% yang lain tidak pasti.
Pemerintahan Barisan Nasional (BN) juga menerima kadar kepuasan daripada pemilih yang rendah dengan hanya 29% yang berpuas hati dengannya.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, 41% daripada responden merasakan pencapaian BN sederhana sahaja manakala 31% mendapati kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh BN semakin teruk.
Sebaliknya, 49% daripada pengundi di Selangor berpuas hati dengan kerajaan pimpinan PKR. Hanya 6% tidak berpuas hati manakala 45% mendapati kerajaan di Selangor pada tahap sederhana.
Pulau Pinang yang diketuai DAP memperoleh kedudukan penerimaan sebanyak 40% dengan 12% tidak berpuas hati dengan kerajaan manakala 49% yang lain mengatakan ia sederhana.
Di Kelantan, pentadbiran yang diterajui PAS memperoleh penerimaan sebanyak 39% dengan hanya 8% tidak berpuas hati dengannya.
Pada PRU13, BN memperoleh 4.315 juta undi atau 46.2% undi popular manakala pembangkang 5.035 juta undi atau 53.5% undi popular.
Kaji selidik terkini IDE itu dijalankan secara bersemuka dengan 4,486 pengundi berdaftar. Sampel secara rawak diambil daripada 12.08 juta pengundi berdaftar di Semenanjung.
Menurut IDE margin ralat adalah sekitar 2%.
Related Posts :
Update UMNO dikunjungi Duta Besar Amerika pula selepas delegasi Britain dan Australia >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR, 17 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat, Kamala Shir… Read More...
Update [Video KJ aku dah bagi PENAMPAR BUAYA, Gedebab jatuh! Kau Pulak Nak Kena PENENDANG KUDA Kut] Perghhh...ini benar-benar suatu catatan sejarah ‘gemilang’ sepanjang kewujudan UMNO sejak tahun 1946. >> Berita Malay 18Rabu, 17 Oktober 2018
SATU LAGI SEJARAH BAKAL TERCIPTA JUMAAT INI
Sebagaimana yang dilaporkan media, Presiden UMNO, Zahid Hamidi… Read More...
Update Desakan Ahli Parlimen DAP beri ISYARAT BAHAYA kepada Islam, Melayu >> Berita Malay 18
8 Safar 1440H, Rabu – Desakan Ahli Parlimen DAP yang menuntut supaya kebebasan murtad dan ajaran sesat bebas diamalkan di negara in… Read More...
Update SPRM akan tangkap Zahid Hamidi esok, terima notis serah diri >> Berita Malay 18
PUTRAJAYA, 8 Safar 1440H, Rabu – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mala… Read More...
Update [Video Zahid Hamidi ditahan SPRM jam 3.00 pm esok? Saman 1 - Deepak mahu Najib, Rosmah bayar RM676 juta. >> Berita Malay 18Rabu, 17 Oktober 2018
Saman 1 - Deepak mahu Najib, Rosmah bayar RM676 juta
Peniaga permaidani, Deepak Jaikishian memfailkan saman RM676 j… Read More...