Yousef Al Otaiba dilaporkan melakukan urusan kewangan dengan Jho Low.

Bank Switzerland, Lombard Odier dilaporkan menyerahkan kepada pihak berkuasa dokumen setebal 900 muka surat mengenai duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat, yang dikatakan ada kaitan dengan 1MDB dan ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low.
Akhbar Switzerland, Le Temps, memetik kandungan emel yang bocor di antara duta Yousef Al Otaiba dan Jho Low.
Menurut akhbar itu Otaiba melakukan urusan kewangan dengan Jho Low tetapi berhati-hati terhadap ahli perniagaan itu.
Otaiba pernah enggan menulis surat sokongan kepada Jho Low berhubung operasi Goldman Sachs di Switzerland.
Dalam salah satu emel, Otaiba berkata Jho Low perlu “bertenang dan hentikan berpesta”, merujuk kepada tabiat Jho Low yang suka menghadiri pelbagai acara Hollywood.
Laporan yang dipetik portal berita kewangan finews.com berkata Otaiba merupakan pelanggan bank Lombard Odier sehingga tahun lalu, apabila bank itu menutup akaunnya.
Pertalian Otaiba dan Jho Low dibangkitkan awal bulan ini apabila akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan kandungan emel menunjukkan Otaiba dan rakan kongsi dari Jordan, Shaher Awartani pernah berbincang mengenai siasatan pihak berkuasa AS, Switzerland dan Singapura berhubung transaksi yang mereka terima daripada entiti yang berkait Jho Low.
Jho Low merupakan antara individu dinamakan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) dalam siasatannya terhadap sejumlah AS$4.5 bilion aset yang didakwa dilarikan daripada 1MDB.
Menurut WSJ, syarikat dikaitkan dengan Otaiba didakwa menerima AS$66 juta daripada entiti yang menurut penyiasat menjadi saluran wang dilarikan daripada 1MDB.
WSJ berkata kandungan emel yang bocor itu menunjukkan Otaiba menggunakan kuasa diplomatiknya untuk meyakinkan bank memberikan pinjaman demi hubungan baik UAE-Malaysia.
Related Posts :
Update [Video Cina MCA depan sokong BN, tapi undi DAP] Harga barangan Tahun Baru Cina dijangka naik 10% hingga 20%, kata peniaga. >> Berita Malay 18Sabtu, 30 Disember 2017
Harga barangan Tahun Baru Cina dijangka naik 10% hingga 20%, kata peniaga
Beberapa pelanggan mula membeli barangan… Read More...
Update [Video 95% PEMIMPIN TERTINGGI Pas kini bersama AMANAH...'Kembali Kepada Perjuangan Asal'] Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan. >> Berita Malay 18Sabtu, 30 Disember 2017
Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berk… Read More...
Update [Video Hanya perlu 20 Felda sahaja tumbangkan BN & Peneroka dah MENYAMPAH kat UmnoBN] Lawan PAS PRU 14: PKR Hanya Beri Laluan PPBM & Amanah. >> Berita Malay 18Sabtu, 30 Disember 2017
POSTED BY TUKAR TIUB
Lawan PAS PRU 14 : PKR Hanya Beri Laluan PPBM & Amanah.
“Dahulu ini kerusi UMNO… Read More...
Update [Video 'Patriot dah bersuara' & Najib Umno Cuba Hancurkan Keharmonian Kaum Hasut FELDA Melayu Benci DAP] Sabah dan Sarawak akan terus terpinggir selagi BN memerintah. >> Berita Malay 18Sabtu, 30 Disember 2017
Ahli politik 'jahat' jejas keharmonian negara, kata kumpulan veteran
TMI
Sabah dan Sarawak akan terus terpinggir… Read More...
Update [Video Tun M kembali ke Langkawi-Dulu 1MDB, Kini Najib Curi Pula Tanah FGV] Hutang 1MDB: Patriot gesa Majlis Raja-raja campurtangan susulan laporan media asing. >> Berita Malay 18Sabtu, 30 Disember 2017
Hutang 1MDB: Patriot gesa Majlis Raja-raja campurtangan susulan laporan media asing
Brid Jen (B) Mohamed Arsha… Read More...