Update Armada bagi tempoh seminggu Ahmad Zahid, Ketua Pengarah JPN mohon maaf terbuka >> Berita Malay 18



Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan dan Selangor memberi tempoh seminggu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara untuk memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.
Ketua Armada Wilayah Persekutuan Zahid Zainal berkata, dengan kenyataan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri yang mempersendakan asal usul Tun Dr Mahathir Mohamad dakwanya, amat memalukan dan tidak sewajarnya berlaku.
Protes Armada Parlimen"Beliau (Ahmad Zahid) dengan terang menyatakan mendapat maklumat berkaitan latarbelakang Tun Dr Mahathir daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.
"Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara pula adakah beliau sudah lupa tanggungjawab dan amanah sebagai penjawat awam untuk tidak mendedahkan kerahsiaan latarbelakang individu kerana ia menyalahi Akta Perlindungan Perihadi (Personal Data Protection Act)," ujarnya kepada pihak media.
Armada Wilayah Persekutuan dan Selangor hari ini hadir berkumpul di hadapan bangunan Parlimen bersama lebih kurang 30 penyokongnya untuk mengadakan protes pada hari sidang Parlimen sedang berlansung pada jam 11 pagi tadi.
Ini susulan Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno itu, pada majlis perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada khamis, telah menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang kononnya beliau berkata,sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Zahim berkata, desakan terhadap Ahmad Zahid untuk memohon maaf terbuka kepada Dr Mahathir kerana individu seperti Dr Mahathir merupakan rakyat Malaysia.
"Anak muda mula khuatir tentang maklumat peribadi yang mungkin menghadapi masalah sama dengan sikap dan tindakan penjawat awam yang sepatutnya menyimpan kerahsiaan.
"Armada Bersatu telah membuat laporan polis semalam terhadap kenyataan Ahmad Zahid dan Ketua Pengarah kerana membabitkan Dr Mahathir dalam permainan politik Umn-BN," ujarnya.

Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: