-
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sepatutnya pergi ke AS untuk mengemukakan penghujahan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) berkaitan 1MDB, kata Lim Kit Siang.
Lim membuat kenyataan itu sehari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan kerajaan tidak bercadang - buat masa ini - menghantar pasukan peguam ke AS untuk bertindak sebagai pemerhati dalam prosiding DOJ.
"Apandi patut membuat kunjungan khas ke AS bagi mengemukakan penghujahan kepada mahkamah negara itu menyatakan bahawa pelakon Leonardo DiCaprio dan supermodel Australia Miranda Kerr melakukan kesalahan dan mengelirukan kerana menyerahkan hadiah berjuta-juta dolar daripada (hartawan kontroversial) Jho Low kepada DOJ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut veteran DAP itu, kerajaan sangat tidak bertanggungjawab serta cuai secara profesional di pihak peguam negara jika tidak menghantar wakil dalam saman sivil DOJ berkenaan.
Pada 16 Jun lalu DOJ memfailkan saman ketiga bagi membolehkan mereka merampas pelbagai aset dikaitkan dengan salah guna dana 1MDB.
Aset yang ingin dirampas itu dianggarkan bernilai AS$4.5 bilion (RM19.3 bilion).
Ekoran saman itu DiCaprio dilaporkan menyerahkan semula piala Oscar pernah dimenangi aktor Marlon Brando kepada penyiasat AS. Trofi itu didakwa dihadiahkan kepadanya oleh Jho Low.
Pelakon terbabit juga mengembalikan beberapa hadiah lain yang didakwanya diterima sebagai cenderamata untuk satu majlis lelongan amal.
Tidak lama kemudian Miranda juga dilaporkan mengembalikan barang kemas dihadiahkan kepadanya - bernilai AS$8.1 juta (RM34.6 juta) kepada DOJ.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
Update Saya jumpa semua orang - Anwar >> Berita Malay 18Saya jumpa semua orang - Anwar: Presiden PKR itu ditanya mengenai perbincangan dengan Nazri Aziz di parlimen seperti dilaporkan Malaysiakini… Read More...
Update [Video Menteri ulas doa kerajaan 'pendek umur'] Ingatkan PH Menang PRU 14 ramai orang UMNO masuk penjara, rupanya ramai yang masuk ke PH? Nasib baik lah, Bung Moktar kekal Umno! >> Berita Malay 18Jumaat, 14 Disember 2018 Senerai pemimpin2 UMNO yg turutsama keluar UMNO. A. Ahli2 Parlimen 1. YB Datuk Azizah Mohd Dun&nb… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/12/update-bila-rejim-najib-ubah-tabung.html">Update Bila rejim Najib ubah Tabung Haji jadi skim "Pak Man Telo"... >> Berita Malay 18 Selepas salah urus dan rompakkan yang berlaku kepada di MARA dan Felda, skandal terkini yang sepatutnya mengejutkan orang-orang Melayu, ad… Read More...
Update [Video Benarkah MELAYU ISLAM ghairah menepuk air du dulang?] Hadi penyebabnya perpecahan Umat Melayu Islam? Rasis berpelembagaan dan tanah haram. >> Berita Malay 18Jumaat, 14 Disember 2018 Otai BERSIH Dulu laknat UMNO sekarang dah jadi kawan. Sekarang buat himpunan laknat PH, siapa sangka esok dapat … Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/12/update-video-pejuang-melayu-lancar.html">Update (VIDEO) Pejuang Melayu lancar "PERANG" terhadap Red Bean Army DAP >> Berita Malay 18 List pages FB Bangsa DAP 1) Tak Nak BN 2) Mahathir The Legend 3) malaysiakini 4)otai bersih 5)lawyer talk 6)politik kini 7)serambi pol… Read More...