Update Desakan terbaru RCI Memali suratan dan kebetulan >> Berita Malay 18

PAS yang mempromosi amalan politik matang dan sejahtera berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu ke Memali untuk meminta maaf jika bekas perdana menteri itu memang tidak terlibat dalam insiden yang menyebabkan hampir 20 orang terbunuh lebih tiga dekad lalu.
Kata timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata buat masa ini "masing-masing" sedang membuat tuduhan.
"Dia (Dr Mahathir) kata Tun Musa Hitam, Tun Musa kata Mahathir, dan bagi PAS, Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti ditubuhkan,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Tuan Ibrahim yang kini melaksanakan tugasan presiden PAS berkata gesaan sekali lagi parti itu supaya RCI ditubuhkan selepas berlaku kekecohan semasa forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam baru-baru ini juga bukan serangan peribadi kepada Dr Mahathir.
Sebaliknya kata beliau, secara kebetulan PAS Pusat mengadakan mesyuarat pada hari yag sama kekecohan berlaku.
Forum Nothing To Hide 2.0 anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) itu diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan di Seksyen 7 Shah Alam pada 13 Ogos lalu.
Diuar-uarkan sebagai debat antara Dr Mahathir dan seteru utamanya ketika ini - Datuk Seri Najib Razak - ia berlangsung dengan lancar sehinggalah ada penonton membangkitkan isu Memali di Baling, Kedah yang berlaku pada 1985.
Nampak mesra Umno
Ia detik signifikan kepada PAS kerana membabitkan pemimpin dan penyokong parti itu. Seramai 18 orang terbunuh dalam insiden berkenaan, termasuk empat anggota polis.
Pengkritik menyalahkan Dr Mahathir - yang menjadi perdana menter ketika itu - sebagai orang yang bertanggungjawab atas kematian Ibrahim Mahmud serta mangsa lain.
Bagaimanapun seorang lagi tokoh yang dituding ialah Musa yang ketika itu menjadi menteri dalam negeri.
Dr Mahathir kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menggabungkan PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
PAS pada masa sama memilih jalan lain untuk menjadi pembangkang dengan membentuk Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri serta anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: