Kata orang, nak bohong, bohong sikit-sikit sudahlah. Ni semua sekali nak kelentong. Tempoh 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri berakhir pada tahun 2003. Keputusan Malaysia untuk memiliki dua kapal selam kelas Scorpene dari DCNS Perancis dimeterai pada Jun 2002. Ketika itu, DS Najib Razak adalah Menteri Pertahanan. Hari ini, Tun Dr Mahathir kata pembelian dua kapal selam scorpene tidak dibincang dalam kabinet semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Kata Tun Dr Mahathir,
Saya memang tak nak beli kerana kita tak boleh guna. Kapal selam itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya tinggi. Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara, saya dapat tahu Menteri Pertahanan sudah buat pesanan untuk mendapatkan dua buah Scorpene. Keputusan itu mungkin dibuat ketika saya menjadi Perdana Menteri, tetapi saya tidak dimaklumkan tentangnya.
Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mulai 05/06/2001-31/10/2003. Mana mungkin pembelian aset ketenteraan bernilai berbilion Ringgit Malaysia dibuat tanpa kelulusan Kementerian Kewangan yang dikepalai oleh Menteri Kewangan?
Adakah Tun Dr Mahathir mahu mengatakan di bawah pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia Malaysia mampu membelanjakan RM3.4 bilion untuk pembelian dua item, tanpa kelulusan Kabinet, tanpa kelulusan belanjawan, dan tanpa persetujuan perbendaharaan? Agak-agaklah Tun.