Update Husam Musa Cuba Kelentong Isu 1MDB Seperti Mana Isu Tren Laju Yang Dijanjikannya >> Berita Malay 18


Pada 12/09/2012, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata Kerajaan Kelantan pada masa berkenaan sedang merangka untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang. Baca arkib Harakah, di sini.

5 tahun selepas beliau berjanji kosong, Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak, merealisasikan impian Rakyat Kelantan dengan merancang dan akan membina East Coast Rail Link (ECRL). Ini bukan impian kosong seperti janji Husam Musa. Ini janji ditepati DS Najib Tun Razak. Majlis pecah tanah (bukan seperti membina batu asas di Kelantan) akan dilakukan oleh Perdana Menteri pada 09 Ogos ini di Bandar Baru Kuantan.


Semalam, Husam Musa cuba mencetuskan polemik apabila beliau membuat tuduhan bahawa Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan cuba untuk mengeluarkan bon untuk membayar hutang 1MDB yang kebetulan berlaku sedikit kelewatan akibat kesilapan teknikal. Kenyataan Media daripada Naib Presiden PAN ini adalah seperti berikut:
Salah Bayar Tidak Jenayah, Dua Kali Bayar Tugas Semua Rakyat Malaysia. Syabas Najib!
Pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion hari ini oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB lewat semalam bahawa bayaran kepada Ipic akan dibuat pada bulan Ogos ini juga.
Tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos, sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama.
Kod tender bagi bon itu adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman Bank Negara:
http://ift.tt/2w6fEPv.
Berbahagialah penyangak 1MDB.
Bagi rakyat Malaysia yang dukacita dengan kerugian sebesar ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekalipun mengeluarkan air mata darah. 
GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037. Umur DS Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB.
YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara
9 Dzulkaedah 1438/2 Ogos 2017
Pertama, berdasarkan laman web Bank Negara Malaysia (BNM) yang diberikan oleh Husam Musa, baca di sini, betul terdapat satu tender dikeluarkan oleh BNM berjumlah RM2.5 billion bertarikh matang pada 04/08/2037 seperti 'print captured' di bawah:


Walau bagaimanapun, tarikh tutup untuk tender berkenaan adalah pada 03/08/2017. Itu baru tutup tender. Bagi sesiapa yang menguruskan tender, pasti mereka tahu dari tarikh tender ditutup, tender didaftar dan diproses, tender dibuat penilaian, tender ditawarkan kepada pemenang dan kontrak tender diberikan mengambil masa. Dalam kes berkenaan mungkin mengambil masa lebih sebulan. Jadi logikkah Husam Musa mendakwa bon di atas digunakan untuk 'bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB?'

Kedua, laporan sebelum ini menyatakan 1MDB diberi tambahan lima hari bekerja untuk menyelesaikan pembayaran itu, yang merupakan sebahagian penyelesaian membabitkan pertikaian hutang, berjumlah   US$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion). Sempatkah bon berkenaan dikeluarkan dalam masa 5 hari, ikut logik pakar keretapi laju?

Ketiga, Menteri Kewangan Kedua, DS Johari Abdul Ghani. berkata baca di sini, pembayaran yang dijadualkan pada 31/07/2017, akan diuruskan di peringkat lembaga pengarah 1MDB. Mengenai sama ada dana awam akan digunakan sekiranya 1MDB mahu mendapatkan bantuan kerajaan beliau berkata, pihak 1MDB tidak berjumpa dengan Menteri Kewangan. Kalau kita tidak percaya cakap DS Johari, cakap siapa kita hendak percaya? Husam Musa?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :