Bank Negara Malaysia (BNM) yang meluluskan pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion. Adakah ini berlaku secara kebetulan dengan janji 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa bayaran kepada IPIC akan dibuat pada bulan Ogos ? soal Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.
Menurutnya, tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos.
"Sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kod tender bagi bon itu katanya, adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman BNM.
"Berbahagialah penyangak 1MDB," sindirnya.
Bagi beliau, rakyat Malaysia yang dukacita dengan kerugian sebesar ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekalipun mengeluarkan air mata darah.
"GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037.
"Umur Datuk Seri Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB," katanya.
Husam mengulas mengenai kenyataan 1MDB pada Selasa, yang mengumumkan pihak syarikat akan mula membuat bayaran kepada anak syarikat Abu Dhabi,International Petroleum Investment Co (IPIC) bermula Ogos ini.
Kelewatan bayaran kepada IPIC berpunca daripada dana yang sepatutnya diterima oleh 1MDB pada Julai belum diterima masuk lagi.
Beberapa syarat tambahan diperlukan bagi meluluskan proses kemasukan dana tersebut dan 1MDB telah menulis kepada IPIC berhubung kelewatan tersebut dan menjelaskan bahawa bayaran hutang kepada IPIC akan dibuat bermula Ogos ini.
Ini susulan pada 31 Julai lalu, 1MDB telah melepasi tempoh akhir bayaran kepada IPIC. Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC sejumlah RM2.58bilion.
Related Posts :
Update [Video Logo PKR pilihan HARAPAN] PRU14 - HARAPAN guna simbol PKR. >> Berita Malay 18Sabtu, 7 April 2018
Sah HARAPAN guna simbol PKR
Semua parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan mer… Read More...
Update [Video Tsunami Melayu akan tenggelamkan kamu buat selama-lamanya] Semua nampak masam & tak ceria, termasuk muka Najib dan Zahid Hamidi sendiri! KENAPA SEMUA MUKA STRESS, DAH TERBAYANG bakal kehilangan kuasa ke? >> Berita Malay 18Sabtu, 7 April 2018
Berak taik keras kot...
Parlimen bubar, reaksi kabinet Najib Look at their body language.
KENAPA… Read More...
Update [Video LGE Di Jelajah Pakatan Harapan JOHOR] BERSATU haram: Piirraah, kata Mahathir. >> Berita Malay 18Sabtu, 7 April 2018
BERSATU haram: Piirraah, kata Mahathir
Belum sempat tempoh 48 jam selepas partinya dibubarkan sementara kegarangan … Read More...
Update [Video Mat Sabu: Pas ni ENTAH JANTAN ATAU BETINA? RUU 355 Najib 'kencing' orang Islam] Turunkan bendera masing-masing, naikkan bendera PKR, kata Husam. >> Berita Malay 18Sabtu, 7 April 2018
Tumpang sekole.
Turunkan bendera masing-masing, naikkan bendera PKR, kata Husam
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) K… Read More...
Update (DI JOHIR).Makin PH ditekan, Makin Ribuan Rakyat Beri Sokongan >> Berita Malay 18
Ribuan hadirin membanjiri program Jelajah Pakatan Harapan di Pasir Gudang Johor malam tadi. Terus gerakkan gelombang perubahan!
… Read More...