Update Ini Sajakah Wakil Armada Yang Nak Pertahan @chedetofficial ? Mana @SyedSaddiq ? >> Berita Malay 18





Semalam saya ada menerima mesej di bawah melalui laman sosial Whatsapp, disusuli dengan pertanyaan, perlukah Pemuda UMNO untuk turun? Jawapan saya amat mudah. Tidak perlu. Habis sangat 15 orang saja yang akan hadir di Parlimen pagi ini. Nampak sangat telahan saya tidak jauh tersasar. Gambar di atas diambil pada jam 11.00 pagi, setengah jam lebih daripada jadual yang sepatunya iaitu pada pukul 10.30 pagi. Apalah yang anda harapkan daripada Armada Parti Chap Bunga?
Salam Perjuangan ARMADA-BERSATU
Satu sesi bantahan atau protes akan diadakan pada ESOK (1 OGOS 2017) atas kenyataan berbaur FITNAH serta PEMBOHONGAN ke atas TUN DR MAHATHIR MOHAMAD dan HAMBURAN berbentuk PERKAUMAN yang dilemparkan Datuk Seri Zahid Hamidi pada perasmian himpunan perwakilan UMNO bahagian baru-baru ini. Sesi protes itu akan diadakan di hadapan pintu masuk PARLIMEN.
Laporan polis juga akan dilakukan susulan fitnah dan agenda perkauman yang ditimbulkan oleh DS Zahid atas fitnah yang dirasakan berniat jahat dan menimbulkan kebencian antara kaum. Laporan juga akan dilakukan ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara kerana disyaki membocorkan maklumat.
Sehubungan itu, ARMADA diminta untuk mobilisasi tenaga pada sesi bantahan di hadapan bangunan parlimen ESOK. Khususnya bagi mempertahankan isu yang mencalar integriti dan kerahsiaan serta maruah PENGERUSI PPBM TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD!!!
RAKAN MEDIA JUGA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMBUAT LIPUTAN
Maklumat ringkas mengenai program;
PROTES ZAHID HIPOKRIT!
Lokasi: Pintu masuk PARLIMEN
Tarikh: 1 OGOS 2017
Masa berkumpul: 10.30pagi
PIC/KETUA:
1. Adhif Syan Abdullah, KETUA ARMADA SELANGOR
2. Zahin Zainal, KETUA ARMADA WILAYAH PERSEKUTUAN
Pakaian: BAJU ARMADA ATAU BERSATU!

Subscribe to receive free email updates: