Update Skandal 1MDB: Tempoh akhir 1MDB bayar IPIC, tengah hari ini >> Berita Malay 18

Tempoh akhir bagi firma pelaburan negara 1MDB untuk membayar RM2.58 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) berhubung perjanjian penyelesaiannya luput hari ini.
Bayaran tersebut sepatutnya dibuat pada 31 Julai tengah malam, waktu New York, yang bermaksud 1MDB mempunyai sehingga 12 tengahari di Malaysia hari ini untuk berbuat demikian.
Ini adalah urusniaga luar negara pertama yang penting buat 1MDB, selain dari pelupusan aset, sejak skandalnya bermula pada 2015, dan sejak Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil untuk merampas aset AS$1.7 bilion berkaitan dengan 1MDB.

Subscribe to receive free email updates: