Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan keyakinan polis akan dapat mengenalpasti pelaku sebenar dalam insiden yang berlaku pada program Nothing to Hide 2.0 (N2H 2.0) di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia dan Sukan Selangor semalam.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, apa yang berlaku satu peristiwa malang dan berasa kecewa dengan kejadian berlaku hingga program terpaksa dibatalkan.
"Saya berada di situ sehingga tercetusnya kekecohan tindakan yang amat biadap dan perkara tidak berperaturan dan undang dilakukan sedangkan situasi di peringat awal situasi terkawal.
"Saya percaya mereka yang ada d isitu telah buat perancangan sesuatu. Saya dimaklumkan Ketua Armada (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) yang hadir di situ berpakaian seperti Armada tetapi bukan ahli rasmi Armada," ujarnya.
Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilhan Raya Pakatan Harapan hari ini yang diadakan di Ibupejabat Bersatu di Petaling Jaya.
Menurut Muhyiddin lagi, insiden provokaasi sedemikian semata-mata untuk menunjukkan kepada seolah-olah programa yang dianjurkan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan akan menimbulkan huru hara.
"Tindakan ini dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjwab dan menimbulkan huru hara untuk menunjukkan apa sahaja program yang dibuat Pakatan Harapan boleh mencetuskan hal menjejaskan keselamatan.
"Sya kecewa perkara ini berlaku seperti baling kerusi, kasut,botol dan suar ke arah Tun Mahathir. Beliau seorang pemimpin dan menyambut baik apa jua pandangan dan seharusnya semua pihak duduk mendengar dengan aman penjelasannya sebaliknya program yang diadakan terpaksa dihentikan serta merta.
"Saya minta pihak berkuasa menyiasat. Kita ada 'footage' yang sudah diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan untuk mengetahui siapa 'the real culprit' yang melakukan tindakan tidak bertamadun dan memalukan itu," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>