Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menjadi pemain utama dalam rundingan dengan PAS.
Justeru itu kegagalannya hadir dalam mesyuarat Pakatan Harapan malam tadi terus menjadi perbualan.
Mesyuarat itu banyak membincangkan kerjasama tersebut, terutamanya selepas PKR mengumumkan menjalankan rundingan tidak langsung dengan sekutu lamanya itu.

Beberapa sumber memberitahu
Malaysiakini bahawa Azmin yang juga pengarah pilihan raya HARAPAN ditunggu-tunggu untuk membentangkan cadangan kerjasama dengan PAS.
Malah, dakwa sumber-sumber lagi, mesyuarat malam tadi digambarkan bagi memenuhi jadual Azmin yang berada di luar negara pada 23 Ogos lalu.
“Tetapi dia masih tidak muncul,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kepada
Malaysiakini.
Rafizi juga mengesahkan Azmin sepatutnya membentangkan cadangan keempat untuk kerjasama dengan PAS.
Bagaimanakah, seorang lagi naib presiden Tian Chua pula berkata “tidak ada perkara itu” ketika ditanya sama ada Azmin patut membentangkan cadangan kerjasama dengan PAS malam tadi.
“Macam mana mesyuarat dijadualkan untuk seorang individu? Ia supaya semua orang dapat hadir, bukan Azmin saja,” katanya.
Malaysiakini juga menghubungi Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkaitan perkara itu tetapi beliau berkata tidak mempunyai maklumat.
Mesyuarat malam tadi berakhir dengan keputusan menolak kerjasama dengan PAS dan bersedia berdepan dalam persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
Minggu lepas Azmin bekata rundingan PKR dengan PAS tiada kena mengena dengan HARAPAN.
Sementara itu, biro politik PKR pula dijadual berlangsung petang ini yang dijangka hangat dengan isu itu.
Related Posts :
Update [Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang. >> Berita Malay 18Ahad, 29 Oktober 2017
Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang
Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Raza… Read More...
Update Muhyiddin: PPBM faktor ramai orang Melayu sokong Pakatan >> Berita Malay 18Bekas timbalan perdana menteri berkata, dengan keputusan itu beliau tidak ragu-ragu yang PPBM telah menarik banyak sokongan daripada kalanga… Read More...
Update [Video 'Sayang Shafie Afdal, dia tetap idola kami'] Bajet 2018, di mana Hadi Awang? Sudah tiga tahun berturut-turut Hadi tidak hadir sessi pembentangan bajet di Parlimen...Hatrik tu! >> Berita Malay 18Ahad, 29 Oktober 2017
WOWWW...INI BARULAH SESUAI JADI PRESIDEN PAS!!!
Wowww...hebat juga cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung Bajet 2… Read More...
Update #BAJET2018: NAJIB BIDAS LAWATAN AZMIN, GUAN ENG >> Berita Malay 18
Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas tindakan pembangkang yang acapkali melontarkan tohmahan ter… Read More...
Update #BAJET2018: NAJIB BIDAS LAWATAN AZMIN, GUAN ENG >> Berita Malay 18
Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas tindakan pembangkang yang acapkali melontarkan tohmahan ter… Read More...