Update Mengenang Tun Razak >> Berita Malay 18

BERIKUT adalah teks penuh ucapan Sultan Nazrin Shah pada majlis pelancaran buku “Fulfilling a Legacy- Tun Razak Foundation” di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2017.
Firman Allah Subhanahu wata’ala dalam ayat 35 Surah Al-Anbiya bermaksud:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
2. Pada 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, menghembus nafas terakhir di London ketika berusia 53 tahun. Seorang isteri kehilangan suami, lima orang anak kehilangan bapa, rakyat kehilangan pemimpin, dan Malaysia kehilangan seorang negarawan yang kaya dengan sifat-sifat keinsanan.
3. Tun Abdul Razak (Allahyarham) menerima tanggungjawab Perdana Menteri Kedua Malaysia pada 22 September 1970; bekerja dengan segala keikhlasan dan penuh dedikasi selama tempoh memegang amanah tersebut. Tanggungjawab berat tersebut diterima dalam keadaan negara sedang berhadapan lima senario berikut:
Pertama: negara berada dalam inkubator pemulihan politik, setelah berlaku peristiwa hitam perselisihan kaum pada 13 Mei 1969. Parlimen digantung, Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditubuhkan untuk memberi ruang kepada negara memikirkan formula perimbangan politik yang lebih sesuai diguna pakai, dalam sebuah negara yang warganya begitu pelbagai, sarat dengan isu-isu sensitif menyentuh agama, kaum, budaya dan bahasa.
Kedua: parti politik yang dianggotai dan dipertanggungjawabkan kepimpinan kepadanya, Umno dan Perikatan serta barisan pemimpin Umno dan Perikatan menghadapi defisit keyakinan yang besar, ketara semakin pupus sokongan rakyat apabila hilang majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum Ketiga yang berlangsung pada 10 Mei 1969.
Ketiga: Orang Melayu dan bumiputera yang paling didiskriminasikan pada era pentadbiran Kolonial Inggeris, sedang dalam mood membantah dan memberontak, kerana kemerdekaan negara tidak memberi makna kepada mereka yang majoriti hidup kais pagi-makan pagi, bagaikan itik haus di air – bagaikan ayam lapar di kepuk. Rata-rata orang Melayu dan bumiputera kecewa kerana merasakan tidak ada kesungguhan kerajaan membela nasib mereka dan melaksanakan langkah untuk
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: