Saya baru selesai memberi kenyataan di IPD Dang Wangi atas 2 kenyataan (dan satu rakaman video) mengenai pelaburan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengendalikan sistem keretapi metro di Mekah yang mengalami kerugian yang diunjurkan boleh mencecah RM142 juta.
Kenyataan saya ini dibuat berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri baru-baru ini yang boleh dibaca di
http://ift.tt/2wgNunV
Saya disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (atas tuduhan memfitnah) dan Akta SKMM (atas tuduhan menyalahgunakan rangkaian dengan mengeluarkan sesuatu yang menyakitkan hati).
Saya telah menjawab semua soalan dan berpendapat pihak Peguam Negara akan mendakwa saya dalam masa terdekat sama ada di bawah Kanun Keseksaan atau Akta SKMM atau kedua-duanya sekali.
Saya faham perkara ini sensitif kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana saya menimbulkan persoalan bagaimana rakyat Malaysia terpaksa menanggung kerugian gara-gara nama keluarga diraja Saudi digunakqn untuk menutup perkara sebenar berhubung wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri.
Hakikat bahawa saya terus disiasat kerana memuatnaik kenyataan itu dan menyatakan bahawa “rakyat Malaysialah yang menderma kepada Saudi, bukannya Raja Saudi memberi derma kepada Dato’ Seri Najib” sebenarnya membantu meyakinkan lebih ramai rakyat Malaysia bahawa wang RM2.6 bilion itu bukanlah satu derma.
Saya yakin saya ada kes yang kukuh di mahkamah nanti dan kes ini hanya menambahkan jumlah kes terhadap saya dari 12 menjadi 13 yang akan mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk menolak BN dalam PRU14 nanti.
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Naib Presiden PKR
Related Posts :
Update [Video 'Bugis warrior,' I salute you, says Tun M] Umno Pas memperbodohkan melayu kata cina akan perintah Malaysia! Kerajaan ‘kitar semula’ daftar pemilih 1994 dan 2004 yg kononnya dilupuskan SPR? >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Jauh beza antara 2 Pahlawan ni!
kluangdiamond : JOM KITA CAKAP YANG BETUL, BAGITAHU YANG BETUL KEPADA RAKYAT...… Read More...
Update [Video Luahan bekas ahli, Umno dan BERSATU bagai langit dan bumi] Selamat Tahun Baharu 2018, Tahun AZAM MENYINGKIRKAN NAJIB! >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
SELAMAT TAHUN BARU, AZAM MENYINGKIRKAN NAJIB PALING SESUAI MENYAMBUT KEDATANGAN 2018
Hari ini adalah hari terakhir… Read More...
Update [Video PAHLAWAN: Najib dan Mahathir (Mahathir buat lawak lagi) & Siapa penyokong Najib mahu kondem Dr M?] Satu derap, satu harapan di Himpunan Turun-Turun malam ini. >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Satu derap, satu harapan di Himpunan Turun-Turun malam ini
Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan suatu … Read More...
Update [Video LIPAT MAUT buat Najib Umno utk selama-lamanya! Ramai Melayu FELDA sokong & sertai PPBM Mahathir] Anak yakin 54 Parlimen, 92 Dun di Felda tidak lagi selamat buat BN. >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Anak yakin 54 Parlimen, 92 Dun di Felda tidak lagi selamat buat BN
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebang… Read More...
Update [Video Apa lagi yg UmnoBN mahu JUAL NEGARA & Pas dah putus dgn DAP, mana HILANG HUDUDNYA? Perak Maju 2018: Zambry ‘syok’ sendiri! >> Berita Malay 18Ahad, 31 Disember 2017
Zambry Abd Kadir
Perak Maju 2018: Zambry ‘syok’ sendiri
Semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak p… Read More...