Kerajaan akan hilang pendapatan RM110 bilion jika PH menghapuskan tol, mengenakan kadar GST 0% dan memberi 20% royalti minyak kepada negeri pengeluar.
Pengerusi Shahril Hamdan berkata beliau menemui perkara itu selepas pengiraan beberapa janji Pakatan Harapan kepada rakyat seperti penghapusan tol dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Kalau kita lihat janji PH seperti menghapuskan tol, mengenakan kadar sifar GST, pemberian 20% royalti minyak kepada beberapa buah negeri serta beberapa perkara lagi, kerajaan akan hilang pendapatan RM110 bilion,” kata Shahril lapor Sinar Harian Online.
“Sekiranya PH memenangi PRU14 dan merealisasikan semua janji ini mereka, kerajaan di bawah pimpinan mereka mungkin kehilangan pendapatan dalam amaun ini pada tahun pertama mereka memerintah,” tambahnya.
Beliau dilaporkan berkata demikian semasa debat perdana anjuran Pusat Pengajian United Kingdom (UKEC) di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Shahril berkata PH sehingga kini belum membentangkan pelan kewangan yang akan menggantikan kehilangan sumber pendapatan kerajaan itu.
Menurut laporan itu lagi, Shahril mengakui pengenaan kadar GST 0% akan meningkatkan kewangan rakyat sekaligus mengalakkan perbelanjaan yang menjana ekonomi adalah laungan yang baik, namun langkah itu tidak menjana pendapatan untuk kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>