Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa menegaskan tiada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan boleh membuat keputusan bersendirian termasuk dalam hal berkaitan rundingan dengan Pas.
Menurutnya, sebarang keputusan akhir hanya akan dimuktamadkan dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada AMANAH, PKR, DAP dan Bersatu.
"Walaupun siapa yang pergi berunding dengan Pas akhirnya keputusan dalam Pakatan. Tiada satu parti boleh buat keputusan sendiri," katanya dalam dialog anjuran AMANAH Taiping di Bukit Gantang, Perak semalam.

Menjawab soalan peserta berkenaan rundingan kerjasama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau berkata, kepimpinan Pas pada masa ini sudah berbeza.
"Pas yang ada sekarang bukan yang dulu. Sekarang nak berunding dengan Pas yang telah diBR1Mkan oleh pihak-pihak tertentu.
"Yang pergi bukan calang-calang orang. Datuk Seri Azmin yang pergi. Kalau saya pergi (ziarah), Ustaz Hadi sudah tutup pintu awal-awal lagi," ujarnya.
Husam menganggap kunjungan Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan bersama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 12 Ogos lalu sebagai satu hal positif.
Menurutnya, pengundi atas pagar akan melihat pendekatan tersebut sebagai bertatasusila dengan tidak sengaja meninggalkan Pas sekali gus menafikan dakwaan negatif sebelum ini termasuk kononnya Pakatan Harapan menjadi 'alat Cina'.
Walau bagaimanapun, beliau percaya rundingan yang diusahakan Menteri Besar Selangor itu sukar mencapai matlamatnya memandangkan sikap Pas yang sudah diketahui umum.
"Cuma saya kasihan dengan Azmin. Kita tidak boleh buat apa dengan Pas. Kita terpaksa meneruskan perjuangan kita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Juruterbang Boleh, Pembancuh Teh Tarik Pun Boleh >> Berita Malay 18
Hebat Menteri Pertahanan Malaysia, Haji Muhammad Sabu. Satu hari beliau boleh menjadi seorang juruterbang ala watak Pete 'Maverick' Mit… Read More...
Update Tun M Mahu Malaysia Baru lebih Baik, kita harap bukan lebih LGBT, Lebih Syiah, Lebih Sesat, Lebih Belakangkan Melayu, Islam >> Berita Malay 18
Malaysia Baru, label yang kini popular digunakan untuk menggambarkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas PRU ke-14, sepatutnya “p… Read More...
Update Babi lahirkan anak berwajah manusia - VIDEO >> Berita Malay 1808 Julai 2018
Foto: Newsflare/China Recorder.
JIANGMEN – Seekor babi di China telah melahirkan anak babi aneh d… Read More...
Update ‘Bantah pusat hiburan, pelacuran bukan sekolah tahfiz’ >> Berita Malay 18
24 Syawal 1439H, Ahad – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Tan Sri Zainuddin Maidin sepatutnya membantu memperbai… Read More...
Update Lim: Saya akan pertahan Najib jika benar dia mangsa politik >> Berita Malay 18
… Read More...