Update Kita Desak @AzminAli Minta Maaf Kepada DS @NajibRazak Jika Kekacauan Di Program #NothingToHide Sebab Macai Bunga >> Berita Malay 18




Kita faham sebagai Pengarah Pilihan Raya Umum bagi Pakatan Harapan yang baru dilantik, Azmin Ali begitu teruja untuk menjalankan kempen beliau terutama dalam memburukkan kepimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Kita merasa hairan, sebagai seorang Menteri Besar beliau mempunyai banyak masa untuk mengawasi dan memberi tumpuan kepada program picisan ini.

Apabila berlaku kekacauan di sebuah program bual bicara #NothingToHide yang diadakan di Selangor, di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam, juga milik Kerajaan Selangor, dianjurkan oleh Armada, sayap anak muda Parti Chap Bunga dari komponen Pakatan Harapan dengan dikawal oleh geng-geng mereka, menyalahkan Barisan Nasional, UMNO dan DS Najib Tun Razak adalah keterlaluan.

Lihatlah video di bawah. Ini video dari KiniTV, lidah pembangkang dan bukannya video orang UMNO. Sekiranya orang UMNO boleh duduk di tempat strategik seperti dalam video berkenan untuk membaling kerusi, elok bubarkan saja parti Bersatu Pribumi atau lebih mesra dipanggil Parti Chap Bunga Raya. Nama Syed Saddiq tukarkanlah kepada Sharifah Saddiq.

Bagaimana hendak mengubah negara kalau bilik teknikal program sendiri dikuasai oleh orang-orang UMNO? Dewan ini milik Kerajaan Negeri Selangor. Jadi faham-faham sajalah mengapa Azmin Ali  tuntas dan bingkas menunding jari kepada Perdana Menteri sewaktu kekacauan berlaku. Adakah beliau tahu apa yang akan berlaku di majlis berkenaan?


Apa gila program Armada Parti Chap Bunga Raya yang anjur tapi UMNO dan DS Najib Razak pula yang perlu bertanggungjawab di atas kekecohan semalam? Ibarat kau yang buat anak tapi minta orang lain yang bertanggungjawab. Banyak cantik.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :