Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menggunakan konsep sewa dan beli bagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai golongan muda memiliki rumah.
Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, konsep itu sudah diperkenalkan untuk PR1MA di Pulau Tioman baru-baru ini.
Menurutnya, pihaknya menyedari antara halangan utama orang ramai membeli rumah PR1MA Pahang yang dijual pada kadar RM150,000 adalah untuk mendapatkan pinjaman bank.
“Kita sedar masih ramai golongan muda tidak mampu membeli rumah ekoran kesukaran memperoleh pinjaman bank.
“Untuk membantu mungkin kita boleh buat konsep sewa beli yang sudah dilaksanakan Kerajaan Persekutuan maksudnya sewa dibayar setiap bulan itu akhirnya akan menjadi bayaran membeli rumah,” katanya berucap pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Umno Pahang, kelmarin.
Adnan berkata, beliau akan bawa perkara ini kepada Majlis Perumahan Negara, pada masa sama meminta pihak-pihak seperti Pemuda Umno membuat usul.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah dalam ucapannya sebelum itu mahu kerajaan negeri membantu golongan muda memiliki kediaman sendiri kerana ia adalah antara masalah utama dihadapi mereka pada masa ini.
“Kita minta jasa baik kerajaan negeri bantu orang muda beli rumah PR1MA kerana kita bakal memiliki anak-anak kami hendak melayari bahtera kehidupan bersama keluarga.
“Kalau kebajikan kami dijaga sudah tentu anak muda akan terus menyokong kerajaan,” katanya.
Mohd Shahar berkata, kebanyakan wakil Pemuda mengusulkan isu perumahan dalam mesyuarat perwakilan yang dilaksanakan.
Related Posts :
Update [Video Malaysia Terancam BANGKRUT krn Hutang 3500 Triliun bgm Indonesia hutang 5000 Tidak?] Kesian NajibUmnoBN, kesian Rosmah bertubi2 dikaitkan dgn skandal 1MDB! TAK ADA RASA MALUKAH Umno nak bergabung dengan Anwar? Nampaknya Umno semakin serabut sebagai PEMBANGKANG meskipun baru 120 hari. >> Berita Malay 18Selasa, 18 September 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 3 jam ·
Kesian Najib, kesian Rosmah bertubi2 … Read More...
Update [Video Kuasa & bencana, pesan Anwar] Pemuda AMANAH menyokong penuh Anwar bertanding di PD & Penggantungan sementara permit import (IP) cili dari Vietnam...Pengusaha cili tempatan menarik nafas lega. >> Berita Malay 18Selasa, 18 September 2018
Parti Amanah Negara
Suka Halaman Ini · 9 jam ·
Kenyataan Ketua Pemuda A… Read More...
Update [Video TIADA LAGI PAU DALAM JPJ] Nasihat kera kepada beruk. Kah3! TEMBELANG SUDAH PECAH! Jabatan Amal Malaysia tidak berdaftar dengan ROS? Dr Mujahid: Anwar didakwa dengan tuduhan palsu. >> Berita Malay 18Selasa, 18 September 2018
Nasihat kera kepada beruk...
Lokman Adam menasihat Anwar agar tidak bersekongkol dengan DAP dan Dr Mahathi… Read More...
Update Politik Pelik : Kau Kata Aku Pelik, Kau Pelik Tak Apa Pulak >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Remix Chess, Mari kita Bangun! Abang Mat ni kalau bagi ceramah, Huyooo] Pidato PRESIDEN (Mat Sabu) Jangan ketinggalan untuk bersama kami! Kalau memang PEROMPAK, otak tetap fikir NAK ROMPAK tanpa segan silu & Kau (Umno) ingat Anwar angat desperado, over greedy, dan tidak ada jati diri untuk mengkhianati PH >> Berita Malay 18Selasa, 18 September 2018
KALAU MEMANG PEROMPAK, OTAK TETAP FIKIR NAK ROMPAK TANPA SEGAN SILU...
Apakah umno berpendapat anwar dan … Read More...