Los Angeles - Walaupun kematian raja pop dunia, Michael Jackson telah mencecah lapan tahun namun kisahnya tetap terus menarik perhatian seluruh dunia dengan cerita yang terbaru mengenainya.
Terkini adalah kisah di sebalik kubur lagenda raja pop tersebut yang terletak di tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles yang telah dilaporkan kosong.
Menurut laporan Aceshowbiz, ibunya Katherine mendedahkan bahawa sebenarnya ketika majlis pengebumian tersebut kerana Michael sememangnya kosong dan mereka terpaksa merahsiakan kewujudan makam pelantun hit "Beat It" daripada pengetahuan orang ramai.
"Kebanyakkan orang menyangka bahawa Michael telah dikebumikan di Forest Lawn tetapi kenyataan sebenarnya adalah tidak sama sekali.
Menurut keluarga Michael perkara tersebut terpaksa di rahsiakan daripada pengetahuan orang luar atas faktor keselamatan serta bagi mengabulkan permintaan terakhirnya ynag meminta agar perkara tersebut dilakukan.
"Namun begitu Katherine dikatakan telah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa orang teman rapatnya selepas dia sudah tidak tahan memendam rahsia tersebut berseorangan,"katanya.
"Katherine dikatakan bersikap terlampau paranoid serta berada dalam keadaan ketakutan kerana bimbang mayat Michael akan menjadi sasaran pencuri," katanya lagi.
Dipercayai bahawa abu Michael telah ditanam di bawah pohon pear yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya di California namun begitu tiada kenyataan rasmi yang dibuat oleh pihak keluarga mendiang mengenai kesahihan berita berkenaan.
Michael telah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia akibat daripada kegagalan fungsi jantung berfungsi sebelum disemadikan pada 7 Julai 2009.-Astro AWANI.
Related Posts :
Update Kelantan gugur saman royalti minyak terhadap k'jaan, Petronas >> Berita Malay 18Kelantan gugur saman royalti minyak terhadap k'jaan, Petronas: MB Kelantan pada 14 Januari lepas sekali lagi kemuka tuntutan royalti ketika … Read More...
Update ‘Sekatan ke luar negara cuma cadangan dalam rundingan awam’ >> Berita Malay 18‘Sekatan ke luar negara cuma cadangan dalam rundingan awam’: “Cuma apabila wartawan tanya dia (Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan) macam it… Read More...
Update Sukar tangani ekstremisme, perkauman di sekolah, kata bekas pengetua >> Berita Malay 18
Wujud kebimbangan mengenai sikap perkauman di sekolah kerajaan walaupun menteri pendidikan memberi jaminan sebaliknya. (Gambar hiasan… Read More...
Update NUTP cadang kenaikan gaji tahunan insentif khas guru MA, PhD >> Berita Malay 18
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), mencadangkan pemberian insentif khas kepa… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/05/update-alhamdulillah-bonus-2019.html">Update Alhamdulillah Bonus 2019 Selangor 3 bulan gaji! Titah YDP Agung: Contohi pembangunan Melaka..Macai UMNO pasar ramadhan ni senyap jer tahun ni...sejak PH menang, dedak tak masuk terus duk dalam gua ke? [Video Dia pinjam, dia takda kerja, you nak tekan lagi" - Isu PTPTN, Anwar minta beri kelonggaran] >> Berita Malay 18
… Read More...