Dalam konteks tersebut, ancaman terbesar yang paling ditakuti sudah tentu ialah Tun Mahathir Mohamad.
Tun Mahathir, dengan aura dan pengaruhnya yang tersendiri bukan saja ditakuti kerana kemampuannya menarik sokongan rakyat, tetapi juga keupayaannya menukar musuhnya selama ini seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan lain-lain menjadi sahabat untuk sama-sama sehati sejiwa menyingkirkan Najib.
Ketidakhadiran Najib dalam Nothing To Hide 2.0 memang sudah dijangka daripada awal, malah ketika Armada Bersatu mahu menghantar jemputan kepada beliau pun telah dihalang sehingga berlaku pertembungan dan kekecohan kecil dengan Pemuda UMNO.
Setelah menghantar jemputan pun dihalang dengan kekerasan dan meski tanpa kehadiran Najib, kemudian Armada Bersatu tetap ingin meneruskan program Nothing To Hide 2.0 itu dengan Tun Mahathir bersedia menjawab apa saja soalan yang ditanyakan kepadanya, menimbulkan kekecohan adalah pilihan terakhir untuk menggagalkan program tersebut.
Jika program itu berjalan dengan lancar dan sudah tentu, seperti biasa, apabila Tun Mahathir mampu menjawab dengan penjelasan yang baik dan meyakinkan, kelebihan akan berpihak kepada Pakatan Harapan sama ada oleh kalangan mereka yang menghadiri program tersebut ataupun yang menontonnya secara live melalui Facebook.
Dengan mencetuskan kekecohan, semua jawapan dan penjelasan Tun Mahathir akan terpadam dengan sendirinya kerana semua orang akan lebih ghairah bercakap mengenai apa yang berlaku itu.
Soalan-soalan tersebut jelas berbentuk provokatif dan tidak mungkin mereka yang menganggotai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan atau penyokongnya akan bertanyakan soalan sedemikian kepada Tun Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>