-
Kita amat kecewa apabila mendapat tahu perdana menteri dan kabinet menangguhkan pembentangan rang undang-undang (RUU) Skim Insurans Pekerjaan 2017 (SIP) bacaan kedua yang dijadualkan semalam setelah menerima tekanan majikan dan mungkin juga menteri-menteri sendiri yang menjadi jurucakap majikan.
Kerajaan tidak seharusnya tunduk kepada tekanan persatuan majikan.
Sejak awal lagi apabila idea untuk membawa Skim Insurans Pekerja dicetuskan, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) telah menyuarakan bantahan mereka dengan hujah SIP tidak perlu.
Mereka berpendapat bilangan orang yang dibuang kerja tidak ramai dan mungkin satu skim bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cukup untuk menangani masalah ini.
MEF dan FMM pada dasarnya membantah skim ini, kerana dikatakan akan menaikkan kos mereka, justeru itu mengurangkan peratus keuntungan tahunan.
Pihak majikan juga cuba melobi untuk dimansuhkan pembayaran pampasan henti kerja mengikut Akta Kerja1955 jika SIP ini diperkenalkan.
Maka hasrat persatuan majikan amatlah jelas bahawa mereka amat sensitif bila SIP akan mengurangkan kadar keuntungan.
Jika majikan ikhlas mengenai isu pengurangan kos perniagaan, mereka juga harus melihat kepada kadar gaji, bonus pengurusan tertinggi mereka ataupun kadar dividen yang diberikan kepada pemegang saham syarikat setiap tahun.
Kerajaan sebagai pembela hak rakyat pekerja, tidak harus tunduk kepada tekanan majikan dan menyempurnakan tanggungjawab sosialnya dengan memastikan SIP ini dilaksanakan.
Penangguhan menyebabkan lebih ramai yang tidak akan menjadi benefisari.
Sepertimana diketahui, pemberhentian pekerja menjadi fenomena serius. Apabila kita rujuk statistik kerajaan lebih 38,000 pekerja hilang kerja pada 2015. Lebih 40,000 hilang kerja pada tahun 2016 dan MEF sendiri meramalkan lebih 50,000 kemungkinan akan hilang kerja dalam tahun ini.
Apakah perlindungan yang ada pada mereka sekarang, sekurang kurangnya menyara hidup sehingga mendapat kerja lain?
SIP telah dibincang panjang lebar dari 2009 dan setelah beberapa janji akhirnya dibawa ke sesi parlimen kali ini.
Sebelum ini, sesi parlimen lepas menteri sendiri berjumpa dengan wakil-wakil PSM dan berjanji SIP akan diluluskan sesi parlimen pada Julai dan pelaksanaan pada tahun 2018.
Tetapi sekarang buat pusingan U dan dikatakan akan dibentang di sesi parlimen Oktober. Kami percaya ini akan menjadi satu lagi wayang.
PSM hampir 19 tahun berkempen untuk membawa Tabung Pemberhentian Kerja yang fungsinya sama dengan SIP kepada pekerja yang hilang kerja secara tiba-tiba akibat syarikat muflis, syarikat pindah ke negara lain dan syarikat yang membuat pengurangan pekerja.
Satu jelajah seluruh Malaysia juga telah diadakan oleh kami untuk mendapat respon pekerja terhadap tuntutan ini dan pekerja amat mengalu-alukan undang-undang ini.
Debat parlimen
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
Update Kami Di Sabotaj Oleh Pihak Tertentu, Kami Bagi Masa 24 Jam Kalau Mahu Bincang - ZurinJundi >> Berita Malay 18 Klang - Baru-baru ini kecoh mengenai isu perancang perkahwinan yang menipu lebih 100 pasangan pengantin sehingga mereka terpaksa menanggung… Read More...
Update JAMAL PECAH MEJA BANTAH JUDI BERLELUASA DI SELANGOR >> Berita Malay 18 PROTES… Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mengejutkan pihak media apabila memecahkan meja dengan penukul di te… Read More...
Update Warga China bakal jadi CEO Proton? >> Berita Malay 18 Khabar angin bertiup mengatakan Zhejiang Geely Holding bakal melantik warga China sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat ker… Read More...
Update Babak Intim Ezzaty Abdullah Dikecam Netizen >> Berita Malay 18 Belum lagi ditayangkan di pawagam, tiga babak intim lakonan Ezzaty Abdullah, 27, dalam filem Kau Takdirku yang akan ditayangkan bermula 7 S… Read More...
Update JAMAL PECAH MEJA BANTAH JUDI BERLELUASA DI SELANGOR >> Berita Malay 18 PROTES… Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mengejutkan pihak media apabila memecahkan meja dengan penukul di te… Read More...