Update Skandal 1MDB: Apakah akar umbi Pas pun puas hati? >> Berita Malay 18

FIRMA pelaburan negara milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah lama mencemar imej negara dan mencalar perasaan seluruh rakyat Malaysia.
Beberapa negara asing seperti Singapura, Switzerland, Luxembourg dan Amerika melancarkan siasatan berkaitan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat ini dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menjadi pengerusi lembaga penasihat.
Seluruh dunia memberikan pandangan negatif terhadap Najib dan seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Low Taek Jho ataupun Jho Low yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM15.4 bilion) diselewengkan daripada 1MDB.
Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Jho Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu sehingga hari ini belum berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
Ramai mendakwa 1MDB adalah skandal kewangan paling besar di dunia ketika ini, kalau tidak, mustahil sampai empat negara asing masuk menyiasat. Sudah tentu ada penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku.
Sedang pendedahan demi pendedahan dibuat sama ada melalui perbicaraan di mahkamah Singapura ataupun saman yang dikeluarkan DoJ, kerajaan Malaysia masih bersikap tenang bagaikan tiada kena mengena dengan kita.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan nama negara dengan menegaskan tiada bukti dari mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan dari 1MDB.
Malahan, katanya, tiada sebarang tuduhan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan penyelewengan dana dari 1MDB.
Begitu juga dengan percubaan ahli-ahli parlimen daripada pembangkang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu penyelewengan ini menemui jalan buntu.
Dua minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Harapan mendakwa 30 soalan berkaitan 1MDB untuk diajukan dalam sesi soal jawab dalam sidang parlimen tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.
Mereka menuduh ia sebagai usaha untuk gelapkan maklumat dan keterangan mengenai 1MDB. Namun, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaan tersebut.
Tatkala ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan disekat mendapat penjelasan dengan kerajaan tidak bersedia membongkar tanda tanya, lalu muncul Pas yang sebelum ini cukup senyap dalam isu 1MDB ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :