Update Azmin akur, tidak akan kerjasama dengan PAS >> Berita Malay 18

 | August 31, 2017
Timbalan presiden PKR itu juga berjanji akan melaksanakan 2 perkara diputuskan Pakatan Harapan, termasuk mengatur strategi bagi menghadapi kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru pada PRU14.
azmin-ali-bendera-pas-logo-malaysiaSHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali yang menyokong rundingan dengan PAS sebelum ini, akur dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tidak bekerjasama dengan parti Islam itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan presiden PKR itu juga berjanji akan melaksanakan 2 perkara diputuskan Pakatan Harapan menerusi mesyuarat pada malam Isnin lalu, untuk mengatur strategi bagi menghadapi kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru dengan PAS dan Barisan Nasional pada PRU14.

“Yang penting keputusan ini kita terima dan kita laksanakan.
“Fokus kita sekarang adalah untuk membina jentera di PRU14 selaras keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 peringkat Selangor, malam tadi.
Sabtu lalu, Azmin yang juga menteri besar Selangor dilaporkan berkata, rundingan pembahagian kerusi dengan PAS bukan inisiatif beliau sendiri, sebaliknya ia keputusan parti.

Beliau berkata demikian selepas timbul spekulasi PKR cuba mengadakan perjanjian berasingan dengan PAS bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bagaimanapun menafikan parti itu pernah membuat keputusan itu, sebaliknya rundingan pembahagian kerusi hanya membabitkan parti komponen Pakatan Harapan.
Mengulas ketidakhadirannya pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Biro Politik PKR pada minggu ini, Azmin berkata, beliau mempunyai tugas lain.

Ketika ditanya adakah beliau akan bercakap dengan PAS selepas ini, ini jawapan ahli Parlimen Gombak itu.
“Boleh..saya boleh bercakap dengan sesiapa. Malam tadi (Selasa) saya bercakap dengan (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi. Semalam (kelmarin) saya cakap dengan perdana menteri. FMT

Subscribe to receive free email updates: