Update DAP: Mengapa PSM mahu kerusi pembangkang, bukan kerusi BN >> Berita Malay 18

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata jika PSM tdak menyasarkan kerusi DAP, partinya tidak akan bertanding di Sungai Siput
nga-kor-ming-psm-3
PETALING JAYA: DAP Perak mempersoalkan logik PSM yang pada pilihan raya umum ke-14 mahu bertanding di kerusi yang sebelum ini dimenangi pembangkang.
“Kalau kamu mahu bantu pembangkang, mengapa mahu timbulkan masalah di kerusi yang dimenangi DAP?” kata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming ketika dihubungi mengenai strategi PSM.
Ahli Parlimen Taiping itu berkata piimpinan PSM tidak berunding dengan beliau mengenai keputusan untuk bertanding di kawasan milik DAP.
Beliau menambah langkah itu tidak adil, terutamanya apabila DAP mengizinkan pemimpin PSM Dr Michael Jeyakumar bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput pada pilihan raya sebelum ini.
Awal hari ini Pengerusi PSM Nasir Hashim melaporkan partinya akan bertanding atas tiket sendiri pada PRU14, dan bukan lagi bawah bendera parti lain seperti sebelum ini.
Beliau berkata penggunaan logo parti lain oleh PSM hanya membawa kepada “kemungkiran janji” mengenai susunan kerusi.
Beliau juga mengesahkan PH belum mendekati PSM untuk berunding mengenai kerusi pilihan raya, sambil menambah parti sosialis itu pernah “ditikam belakang” pada pilihan raya sebelum in dan biasanya didekati parti pembangkang lain pada “minit terakhir”.
Nga bagaimanapun mempertikaikan motif PSM bertanding di kawasan milik pembangkang dan bukan di kerusi milik Barisan Nasional.
Beliau berkata DAP tidak nampak keperluan untuk tidak bertanding di Sungai Siput jika PSM tidak terbuka kepada perbincangan untuk menghalang perpecahan undi pembangkang.
“Sebab itu DAP merancang untuk bertanding di Sungai Siput. Kalau mereka tak ganggu, kamu rasa kami akan ganggu mereka?”
Nga menambah DAP tidak mahu bertanding kerusi tu kerana mereka menghormati Jeyakumar dan sedia membantu beliau.
“Tetapi perasaan hormat tidak boleh diberikan begitu sahaja. Kalau beliau menghormati kami, kami juga sedia berdamai.”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :