Update HUTANG FELDA DIUNJURKAN CECAH RM12.6 BILION >> Berita Malay 18


Untuk pengetahuan umum, sehingga sekarang Felda masih lagi belum mematuhi kehendak akta agar penyata kewangannya dihantar ke Dewan Rakyat bagi tahun-tahun selepas 2014. Penyata kewangan Felda yang telah diaudit yang masih tertunggak sehingga kini ialah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016.
Perkara ini telah ditimbulkan oleh pihak media sejak awal tahun 2017 setelah isu kedudukan kewangan Felda mula mendapat perhatian orang ramai.
Semakan saya ke atas laporan-laporan berita mendapati setakat 11 Februari 2017, penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 belum lagi dibentangkan kepada Lembaga Pengarah (seperti laporan NST http://ift.tt/2vPJSdn)
Menurut laporan NST itu juga, Tan Sri Shahrir Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi Felda ketika itu berjanji untuk membentangkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015 itu pada sesi parlimen Mac 2017.
Saya membangkit perkara ini sekali lagi dalam satu kenyataan media pada 24 Ogos 2017 yang lalu untuk mendapat pengesahan dari pihak Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Shahrir Samad bahawa penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016 akan dibentangkan di sidang parlimen Oktober ini.
Sehingga kini masih tiada jawapan.
Saya tahu Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Shahrir mengambil pendekatan mendiamkan diri dengan harapan perkara ini akan mati begitu sahaja. Saya juga faham bahawa penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun-tahun 2015, 2016 dan 2017, jika dibentangkan, akan mendatangkan masalah politik kepada Dato’ Seri Najib.
Oleh kerana mereka memilih untuk tidak menjawab, maka saya mengambil jalan baru iaitu membuat analisa kewangan mengenai kedudukan kewangan terkini Felda (berdasarkan penyata kewangan diaudit yang terakhir iaitu 31 Disember 2014 dan pelbagai laporan media dan jawapan menteri di Parlimen). Daripada analisa kewangan ini, saya boleh mengunjurkan beberapa penunjuk kewangan penting seperti jumlah hutang terkini, jumlah keuntungan dan lain-lain.
Sila rujuk lampiran yang disertakan bersama.
Berdasarkan penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan maklumat-maklumat lain mengenai jumlah hutang yang diambil oleh Felda dan anak syarikatnya dalam tahun 2015 hingga 2017 (rujuk laporan Malaysiakini http://ift.tt/2wIyvDE dan laporan berita perniagaan Indonesia http://ift.tt/2svsDMj ), saya mengunjurkan bahawa hutang terkumpul Felda dan anak syarikatnya akan mencecah RM12.6 bilion menjelang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Ini mengambil kira kedudukan kewangan Felda dan anak syarikatnya yang mengalami kerugian sejak tahun 2012 dan pendapatan kumpulannya dijangka tidak melebihi RM1 bilion setiap tahun. Dalam keadaan ini, saya mengunjurkan Felda dan anak syarikatnya tidak berkemampuan untuk membayar hutang pokok dan hanya membayar faedah tahunan di antara tahun 2015 hingga 2017.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :