Kerugian terkumpul Kumpulan Felda yang mencecah RM8.7 bilion setakat 2015 disebabkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bakal meletakkannya dalam kategori sama dengan 1MDB, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Semalam, beliau membuat unjuran bahawa Kumpulan Felda bakal menanggung dan mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM12.6 bilion setakat Disember tahun ini.

“Sejak FGV disenaraikan dalam tahun 2012, Kumpulan Felda telah mencatatkan kerugian komprehensif yang melebihi satu bilion ringgit setiap tahun iaitu RM1.670 bilion (2013), RM1.109 bilion (2014) dan RM1.112 bilion (2015).
“Jika Kumpulan Felda adalah sebuah syarikat biasa yang tidak dijamin Kerajaan, syarikat Felda sudah pun diisytiharkan muflis, katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, katanya, dividen yang dibayar oleh FGV kepada Kumpulan Felda menurun secara mendadak dari 2013 kepada 2015, iaitu dari RM256 juta pada 2013 kepada hanya RM49 juta pada 2015.
Menuritnya, jumlah kerugian atas kertas itu akan bertukar menjadi kerugian sebenar sekiranya Kumpulan Felda menjual saham-saham FGV.
“Saya lebih bimbang dengan krisis kewangan Kumpulan Felda (berbanding 1MDB) kerana ia melibatkan kemampuan Felda (dan kerajaan persekutuan) menguruskan kehidupan lebih 100,000 keluarga peneroka yang boleh melibatkan lebih satu juta rakyat Malaysia.
“(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak boleh berdiam diri mengenai perkara ini tetapi beliau tahu bahawa dengan pendedahan berterusan sepanjang minggu depan, krisis kewangan Kumpulan Felda ini tidak lagi boleh didiamkan dan perlu dijawab oleh beliau,” katanya.
Related Posts :
Update Mirrow, Mirrow On The Wall, Who Is The Most Nepotism Of All? >> Berita Malay 18
I tried so hard to understand what nepotism is. So I asked my Guru, Dr Google. Below is what I exactly and directly copied from Dr Google… Read More...
Update JANGANLAH KECEWAKAN KAMI, KAK ROS!!! >> Berita Malay 18Kegembiraan menyambut penurunan harga minyak sebanyak 8 sen semalam, barangkali sedikit terganggu bagi majoriti rakyat negara ini apabila da… Read More...
Update Muka 'pecah', air liur meleleh, kini jadi kacak . Tudiaaa ! >> Berita Malay 18
Sinar harian
23 November 2017
Foto sumber Asiawire/ Let Me In Thailand
SERING mengasingkan diri, makan menyendiri tanpa teman, ditamba… Read More...
Update Najib guna strategi 'tak jawab', kata Dr M >> Berita Malay 18
Pakatan Harapan tahu awal-awal lagi jika permintaan dibuat untuk berjumpa dengan menteri dalam negeri, maka permintaan itu tidak akan dij… Read More...
Update Polis tak pasti bagaimana barangan ditemui di rumah suspek >> Berita Malay 18
Malaysiakini 23/11/17
INKUIRI SUHAKAM l Tiada sebarang perkembangan di sebalik penemuan empat barangan yang berkaitan dengan kehilangan Pa… Read More...