Update Kunjungan Najib umpama menghadap raja menyerah ufti >> Berita Malay 18

Pertemuan itu tidak menggambarkan 2 tokoh negara berdaulat yang sama taraf.
kit-siangDAP menyifatkan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump seperti seorang ketua negeri jajahan menghadap raja untuk mempersembahkan ufti.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata pertemuan Trump-Najib di White House pada Selasa lalu memalukan rakyat Malaysia kerana ia tidak menggambarkan pertemuan 2 pemimpin negara berdaulat yang setaraf kedudukan mereka, sebaliknya seperti seorang ketua tanah jajahan bertemu raja dengan membawa hadiah seperti Bunga Mas.
“Najib mendakwa jemputan Trump ke White House merupakan pengiktirafan kepada status Malaysia sebagai ‘bintang yang semakin menyinar’.
“Adakah dia sedar bahawa 15 daripada 32 pemimpin negara asing yang pernah dijemput Trump ke White House setakat ini adalah negara yang berada di bawah Ranking Demokrasi Global, metrik menilai 112 negara demokrasi di dunia, termasuk negara seperti Arab Saudi yang secara terbuka tidak mengamalkan demokrasi?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mempertikaikan tindakan Najib dan rombongannya yang tinggal selama 3 hari di Trump International Hotel, dan mempersoal adakah kos penginapan itu bernilai beratus ribu dolar AS.
Menurutnya, Najib mungkin melanggar peraturan di AS yang melarang seorang presiden menerima hadiah atau pembayaran untuk perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan asing semasa berada di negara itu.
“Jika Najib sedar, mengapa mereka masih menginap sana?” soalnya.
Rabu lalu, akhbar berpengaruh AS, The Washington Post, berkata tindakan Najib dan rombongannya menginap di sebuah hotel milik Trump di ibu negara AS itu menimbulkan tanda tanya mengenai konflik kepentingan di White House.
“Majlis sebegini mendatangkan pendapatan beratus ribu dolar kepada Trump Organization, berdasarkan jumlah perbelanjaan dibuat oleh rombongan lain yang pernah menginap di sini,” kata akhbar itu.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :