Update Najib kata dia bukan ‘bodek’ Trump >> Berita Malay 18

PERDANA Menteri Najib Razak mempertahankan pelaburan Malaysia di Amerika Syarikat, mengatakan beliau bukanlah sedang “membodek” Presiden Donald Trump, lapor The Star.
Beliau menolak “spin negatif” kritikan ke atas pembelian pesawat Boieng dilakukan Malaysia Airlines Bhd dan peningkatan pelaburan dilakukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan semasa pertemuan bilateral bersama Trump Selasa lalu. Ia adalah lawatan pertama Najib ke White House.
“Ada ‘spin’ yang kata saya di sini untuk beli pengaruh AS. Ini adalah satu lagi spin negatif yang tidak benar sama sekali,” katanya seperti dipetik The Star pada hujung lawatan kerjanya ke Washington, Rabu lalu.
Najib juga mengatakan tidak benar Malaysia tidak meraih apa-apa sebagai pulangan dalam urus niaga itu.
“Apabila kita beli pesawat Boeing, kita tingkatkan daya saing Malaysia Airlines. Bila syarikat penerbangan lain ada Dreamliners, kita juga kena ada Dreamliners.
“Ini adalah transformasi Malaysia Airlines, (pelan) rasionalisasi Malaysia Airlines yang sedang berlaku.”
Malaysia menjanjikan pelaburan di AS mencecah AS$24 bilion termasuk pembelian 33 pesawat baru Boeing untuk MAS. Ini termasuklah lapan pesawat 787 Dreamliners.
Najib juga memberitahu Trump yang KWSP sedang mencari peluang pelaburan antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion dalam projek pembangunan semula infrastruktur di AS yang membolehkan pencarum dana persaraan itu menikmati dividennya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :