Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low menolak kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian 'duit tambang' atau elaun perjalanan kepada pengundi untuk balik mengundi adalah satu bentuk rasuah.
Ini kerana katanya, pengundi tidak wajib menyokong parti atau individu yang menaja perjalanan mereka, melainkan ada bukti menunjukkan pengundi itu diberikan wang dengan syarat untuk mengundi calon tertentu.
“Adakah itu mempengaruhi seseorang mengundi anda? Saya tak fikir begitu.
Beliau berkata demikian di luar Persidangan Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Yayasan Kofi Annan, semalam, lapor FMT.
Tetapi, katanya, ia bukan satu bentuk rasuah jika ahli politik memberi bantuan kepada golongan miskin.
“Contohnya, jika pemimpin politik tertentu mengagihkan beras atau bantuan kepada orang miskin di kawasannya, ini tidak dianggap rasuah,” katanya.