Dengan laawatan rasminya ke Amerika Syarikat pada 12 September ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan bakal menggunakan taktik lama setiap kali menjelang pilihan raya umum.

Sebagai contoh, sebelum Pilihan Raya Umum tahun 2013, Najib membuat lawatan ke Semenanjung Gaza.
Ketika memijak runtuhan bumi Palestin, beliau mengenyit mata melihat teriknya matahari, berakur janji setia bekerjasama dengan HAMAS, juga sanggup mempertahankan seluruh Palestin andai diperlukan. Namun akhirnya apa pun tidak tercapai.
Lawatan sekali ke White House, Amerika Syarikat akan membawa drama ke Gaza, dan hasil yang sama juga akan tercapai, tidak berubah.
Lawatan ke Gaza, yang disusun oleh mantan Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa, sebenarnya merendahkan tauliah agama oleh Najib.

Ini adalah PAS, mempamerkan hubungan baik mereka dengan Ikhwanul Muslimin, bagi menampakkan Umno lebih terkehadapan.
Namun, Najib sebenarnya dirantai dan digari. Beliau tidaklah sebebas yang beliau sangka.
Sama juga apa yang terjadi pada Presiden Donald Trump. Dengan banyak kesilapan yang dilakukan mereka, kedua-dua pemimpin ini tercalar dengan isu-isu kontroversi.
Kepopularan mereka semakin merundum, bukan meningkat.
Bagaimana agaknya salah satu dari keduanya dapat mendapat manfaat daripada pilihan raya?
Selalu dicerca
Trump adalah seorang sosok politik yang selalu dicerca, kalau bukan di dunia, di negaranya sendiri Amerika Syarikat. Beliau bersenang-senang dalam kontroversi dan kemasyhuran negatif.

Najib pula, semakin hilang genggamannya dalam Umno dan kerajaan. Lawatan ke Washington DC ketika mana White House itu sendiri sedang berpecah hanyalah satu undangan memasuki laman cermin – yang mana Najib sendiri akan melihat refleksi disfungsi yang ada pada dirinya.
Tidak kisahlah isu apa agaknya Najib berhajat hendak berbincang dengan Trump, tidak ada satu pun yang akan sangkut.
Isu
Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), Amerika Syarikat sudah keluar. Malaysia mahu turut serta, tetapi sukar untuk Najib untuk mengubah fikiran Trump ketika mana Najib telah memposisikan Malaysia di bucu China.
Berkenaan isu dengan Korea Utara pula, Malaysia kekurangan kedalaman strategik dan diplomatik dalam ASEAN bagi meyakinkan Pyongyang untuk berkelakuan baik.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Mat Sabu: Bakal PM Tak Boleh Jadi Kalau Tak Menang] Staf penjara Sg Buluh ke PD beri sokongan moral pada Anwar & Mereka boleh, saya tak boleh - Anwar [METROTV] . >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Anwar: Mahathir turun padang, orang PD naik semangat >> Berita Malay 18Anwar: Mahathir turun padang, orang PD naik semangat: PRK PD | Langkah itu bukan suatu kelaziman bagi Dr Mahathir sebagai perdana menteri, k… Read More...
Update [Video Dr M pertahan Anwar] Anak lelaki Azeez Rahim pula ditahan SPRM. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update ADUUUHAI ! ANUAR MELIWAT LAGI ? >> Berita Malay 18
ISHH, ISHH, ISHH TAK CAYA, TAK CAYA ! HMMMM, CAYA ???
KIA TUNGGU, SABO ! SABOOO !
-Pak Karamu-
Polis akan rakam keterangan Anwar
Muhamm… Read More...
Update Elaun Tambahan Sara Hidup guru di Johor, Selangor di peringkat cadangan >> Berita Malay 18
Imej via FB KPM
SIMPANG RENGGAM: Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan Elaun Tambahan Sara Hidup bagi guru di kawasan kri… Read More...