Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor mensasarkan 10 kerusi Parlimen dimiliki BN akan beralih ke tangan pembangkang dan mengekalkan 6 kerusi yang pernah dimenangi dalam pilihanraya umum yang lalu di negeri itu.
Timbalan Pengerusinya Liew Chin Tong berkata, semua kerusi PH yang akan ditandingi adalah di kawasan majoriti Melayu termasuk kawasan campuran.
"Saya rasa di Johor ada 10 kerusi parlimen bagi peluang cerah untuk PH rampas daripada BN, selain 6 yang telah dipegang dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Ini kerana terdapat 55 peratus pengundi Melayu dan selebihnya adalah campuran dengan isu-isu yang menekan rakyat, saya yakini PH boleh meraih 16 kerusi keseluruhannya dengan menang mudah," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Dimaklumkan 10 kerusi yang disasarkan PH kelak ujarnya, di parlimen Labis, Segamat, Sekinjang, Medan, Muar, Pontian, Pulai, Pasir Gudang, Johor Bharu dan Tebrau.
Manakala enam kerusi yang dimenangi pembangkang oleh beliau sendiri di Parlimen Keluang, Lim Kit Siang (Gelang Patah), Teo Ni Ching
(Kulai), Er Teck Hwa (Bakri) Datuk Mohd Idris Jusi (Batu Pahat) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh).
Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Negeri berkata, untuk PH menawan Johor dalam PRU ke-14, formula yang diguna pakai di negeri Selangor dan Perak boleh dilaksanakan di Johor. "Kalau kita mahu tumbangkan Johor saya fikir fomula yang pernah digunakan di Selangor dan Perak sesuai digunakan di Johor.
"Di Johor ini kawasan majoriti Melayu seperti Mersing, Penggerang, Kota Tinggi dan Tenggara manakala kawasan lain walaupun peratusannya majoriti Melayu tetapi ia adalah kerusi campuran," ujarnya.
Kedudukan kerusi di negeri Johor BN memiliki 20 kerusi Parlimen, Pas (8), DAP (4), PKR (1) Bersatu (1) dan kerusi Dun BN (37), Pas (4), DAP 13 dan PKR (1) dan Bersatu (1).
Related Posts :
Update Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan >> Berita Malay 18
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan perundangan terhadap pih… Read More...
Update PARTI NI MEMANG TAK DE AHLI, TAPI CAWANGAN ADA ? >> Berita Malay 18
… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/11/update-video-mukhriz-mahathir-dap-tak.html">Update [Video Mukhriz Mahathir: DAP Tak Ada Minat Nak Jadi PM] "Ustaz Zahid Hamidi" Bersedialah Kerantan (Pas), dan BN di Terengganu serta Pahang akan tumbang! Ekonomi Malaysia semakin lemah – laporan terkini Bank Dunia. >> Berita Malay 18Khamis, 16 November 2017
YANG INI PULA PETANDA APA, 'USTAZ ZAHID HAMIDI'?
Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi, selepas Pulau Pinang d… Read More...
Update Mahkamah buang rayuan Zamihan terhadap saman fitnah NGO >> Berita Malay 18
V Anbalagan
FMT| November 15, 2017
Panel 3 hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penceramah itu saksi yang tidak boleh … Read More...
Update [Video Rakyat Melaka Perlu Ikuti Pulau Pinang & Selangor] Mahkamah kekalkan keputusan Zamihan saksi tidak boleh dipercayai, denda RM40,000 & Mahathir sedia isytihar harta jika jadi calon PRU14. >> Berita Malay 18Khamis, 16 November 2017
Mahkamah Rayuan kekal keputusan Zamihan saksi tidak boleh dipercayai, denda RM40,000
Mahkamah Rayuan Putrajaya… Read More...