Update 'Takkan minta maaf dulu baru boleh lawan Najib?' >> Berita Malay 18

Selama lebih dua dekad Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan beliau menjadi sasaran pelbagai kritikan, termasuk tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan kuku besi.
Selepas memilih untuk "menyelamatkan negara" daripada Datuk Seri Najib Razak, beliau berpakat dengan pengkritiknya dan disambut baik.
Namun tidak semua dapat melakukan itu. Sesetengah pihak bersikap mahu melupakan detik silam Dr Mahathir. Malah sebahagian daripadanya bertanya sama ada beliau bersedia meminta maaf atas tindakannya sebelum ini.
Semasa ditemubual sebuah portal berita pagi tadi, ahli politik berusia 92 tahun itu sekali lagi menepis isu berkenaan.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu memberitahu, ada isu lebih penting untuk ditangani ketika ini berbanding berkisah tentang waktu silam.
"Kita kini berdepan dengan sebuah negara yang di ambang kemusnahan disebabkan seorang individu. Justeru, mana lebih penting?
"Adakah saya perlu meminta maaf terlebih dulu dan kemudian barulah saya boleh melawan Najib?
"Sebenarnya ini adalah hal kecil. Perkara utama ialah melawan kleptokrasi di Malaysia," katanya dipetik Sinar Online daripada sesi temubual Malaysian Insight.
Sementara itu tokoh veteran DAP Lim Kit Siang menyeru rakyat Malaysia berfikiran terbuka untuk melakukan perubahan.
Bekas seteru ketat Dr Mahathir itu mendakwa jika pembangkang gagal mengambil alih kuasa daripada BN pada pilihan raya umum akan datang, Malaysia akan terperangkap untuk tempoh sedekad akan datang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :